Pernah tak air termasuk kat dalam telinga korang? Bila telinga dimasuki air, korang akan rasa tak selesa sebab ada bunyi sebu atau berdengung. Ada kes pendengaran korang akan jadi separa pekak sampaikan orang yang bercakap pun korang tak dapat mendengar dengan jelas.
Biasanya telinga yang dimasuki air akan keluar dengan sendiri. Tapi adakalanya air tak dapat keluar sehingga menyebabkan telinga korang terkena jangkitan kalau dibiarkan.
So kali ni Abang Bob nak ajar beberapa cara yang korang boleh buat kalau telinga korang tu dimasuki air. Harap-harap berkesan laa yer.
- Baring mengiring
Antara cara untuk mengeluarkan air yang memasuki telinga dengan mudah ialah dengan cara tidur dalam posisi mengiring ikut belah telinga mana yang tersumbat dengan air dalam beberapa minit. Korang akan dapat rasa air yang tersumbat dalam telinga keluar perlahan-lahan dan rasa sedikit panas. Cara lain yang korang boleh buat adalah dengan menggoyangkan kepala perlahan-lahan. Sambil menggoyangkan kepala tu, korang tarik cuping telinga.
- Mengunyah
Menggerakkan rahang juga merupakan salah satu kaedah untuk mengeluarkan air daripada dalam telinga korang. Nak lagi simple, korang boleh try kunyah gula-gula getah sebab pergerakan mulut tu boleh membuka saluran telinga dan membuatkan air keluar. Menguap juga boleh membantu mengeluarkan air yang tersumbat dalam telinga.
- Teknik kedap udara
Caranya, korang tekupkan telapak tangan kat telinga yang tersumbat dan tekan tapak tangan korang. Sambil tu korang gerakkan tapak tangan korang ke depan dan belakang dengan cepat dalam beberapa saat. Lepaskan tapak tangan dalam keadaan posisi kepala korang miring ke bawah untuk membolehkan air yang tersumbat keluar.
- Teknik memicit hidung/manuver Valsalva
Kalau korang naik flight atau berada di tempat yang tinggi, pasti telinga korang akan berasa sebu atau tersumbat? Cara nak hilangkan rasa telinga tersumbat adalah dengan memicit hidung dan hembus dengan perlahan sehingga korang dengar bunyi letupan kecil. Korang juga boleh gunakan teknik yang sama jika telinga dimasuki air. Menghembus dengan kuat dikhuatiri boleh menyebabkan gegendang telinga korang rosak.
- Berikan wap
Wap panas dapat membantu mengeluarkan air daripada dalam telinga. Caranya adalah dengan mengisi air panas ke dalam mangkuk besar. Miringkan kepala atau bahagian telinga yang tersumbat pada mangkuk berisi air panas dan biarkan wap memasuki lubang telinga. Lakukan dengan berhati-hati semasa menggunakan air panas.
- Gunakan hair dryer
Rasa panas pada hair dryer dapat membantu menguapkan air yang tersumbat kat dalam telinga. Pastikan suhu hair dryer tak terlalu panas dan halakan pada telinga yang tersumbat pada jarak kira-kira 30 sentimeter. Sambil tu korang tarik cuping telinga dan biarkan udara panas memasuki lubang telinga korang.
- Guna ubat titis telinga
Kalau malas sangat, korang beli jer ubat titis telinga kat farmasi. Lagi bagus kalau korang beli ubat titis yang ada hydrogen peroksida untuk menghilangkan kotoran dalam telinga. Settle.
So guys, itulah antara kaedah yang korang boleh buat kalau telinga masuk air lepas masa korang tengah mandi. Harap-harap berkesan. Apa-apa pun jaga telinga korang tu elok-elok ok.