Meleleh Air Liur! Cepatlah Pulih Tak Sabar Makan Kat Sabah

Kalau ikutkan sekarang ni Abang Bob tengah ada kat Sabah tau. Tiket semua dah beli sejak hujung tahun lepas pakai duit bonus.Hahaha!

Plan awal nak jalan-jalan kat Sabah since abang memang love sangat Sabah lepas kali terakhir abang pergi sana tahun 2018 lalu. Masa first time jejakkan kaki kat Sabah, Abang Bob memang dah jatuh cinta dengan negeri yang mendapat jolokan sebagai Negeri Dibawah Bayu itu.

Tapi nak buat macam mana, planning yang dah dirancang sejak awal tahun haritu nampaknya terpaksa laa ditunda selepas penularan virus COVID-19 yang melanda di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Segala aktiviti riadah, pelancongan, pekerjaan ditangguhkan. Seluruh rakyat Malaysia pula dinasihatkan untuk kekal di dalam rumah sahaja bagi mengelak masalah lebih besar timbul.

Redha jer laa. Kempunan sikit sebab teringin sangat nak makan beberapa makanan popular Sabah yang susah nak jumpa kat semenanjung ni! Nak tahu ke apa antara hidangan Sabah yang abang mengidam sekarang ni? Meh baca artikel ini.

Hinava

Hidangan first yang Abang Bob teringin sangat nak makan ialah sejenis makanan tradisional suku kaum Kadazan-Dusun, iaitu Hinava. Makanan ni juga dipanggil Hinava Ginapan, iaitu makanan tradisional yang sangat popular kat Sabah. Hidangan ini terdiri daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah, limau kapas dan garam. Fakta menarik tentang Hinava ialah isi ikannya tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan adanya perahan jus limau. Ala-ala sushi juga hidangan ini bukan?

Ambuyat

Di Sabah dan Sarawak, hidangan ini dikenali dengan linut. Namun secara amnya, hidangan ini selalunya dipanggil ambuyat. Hidangan ini cukup terkenal di negeri-negeri Borneo seperti Sabah dan Sarawak dan juga di negara Brunei. Pernah tengok gam kanji tak? Bentuknya seakan-akan itu. Ambuyat merupakan hidangan tradisional yang diperbuat daripada bahagian batang dalam sagu sawit yang juga merupakan bahan berkanji. Rasanya dan cara ia dimakan unik, namun keenakannya masih terjamin. Ambuyat dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos. Sosnya ada berbagai jenis, ada yang menggunakan belacan atau kuah ikan rebus. Aduhh nak buat tak reti.

Kuih jala

Jangan terkeliru pula, hidangan ini namanya kuih jala dan bukan roti jala. Kedua-duanya juga sangat berbeza terutamanya dari segi tekstur, rasa dan warna. Kuih jala diperbuat daripada tepung beras, gula, minyak masak dan air sahaja. Cara penyediannya juga agak mudah. Nanti Abang Bob nak try buat kat rumah.

Kuih lidah buaya

Nama kuih ini memang unik. Abang Bon yakin korang pasti pernah melihat dan pernah mencuba sendiri kuih lidah buaya. Ia selalu sahaja dihidangkan semasa kenduri-kendara sebagai ‘door gift’ atau semasa hari raya. Kuih lidah buaya atau tiram diperbuat daripada tepung, telur, marjerin, garam, minyak dan disirakan gula halus. Rasanya manis dan rangup, semakin dikunyah semakin manis. Namanya ada berbagai versi. Ada yang menggelarnya kuih lidah buaya, kuih tiram dan kuih kapal terbang. Cukup menarik!

Kuih cincin

Satu lagi kuih yang cukup terkenal terutamanya dekat daerah Papar iaitu kuih cincin. Diperbuat daripada gula perang dan tepung beras, nama kuih ini diambil bersempena bentuknya yang seperti cincin. Bahan yang digunakan untuk membuat kuih cincin ialah gula, gula nipah/gula apong, tepung beras, minyak masak, air dan gula Melaka. Gula melaka inilah yang menyumbang kepada rasa manis untuk kuih cincin yang rangup ini. Ini kalau makan sambil tengok movie kat rumah pun syok jugak ni.

Baca juga artikel ini: Masakan ‘Jawaworld’ memang terbaik! 8 masakan tradisi orang Jawa Malaysia

Barabbo

Barabbo atau Berobok merupakan makanan tradisi suku kaum Bugis di Sabah. Secara ringkasnya, Barobbo ini merupakan bubur jagung yang cukup sesuai dimakan pada waktu sarapan. Masa kat Sabah haritu abang dapat try sekali jer makan barabbo ni. Sumpah! Memang sedap. Bahan asasnya ialah nasi, jagung dan ayam. Cara penyediaannya juga ada banyak versi. Ada yang letak banyak sayur, ada yang menggunakan belacan, namun cara membuatnya tidaklah terlampau rumit. Hidangan ini bukan sahaja enak malah mengenyangkan.

Noonsom

Hidangan tradisi ini cukup terkenal di kalangan kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Noonsom bermasuk ‘jeruk’ dalam bahasa Melayu. Ianya mempunyai berbagai jenis. Ada Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Bambangan (buah) dan Noonsom Tuhau (ulam). Cara penyediaannya juga ringkas, lebih kurang dengan cara penyediaan jeruk biasa yang menggunakan cuka, garam dan cili merah. Hidangan ini cukup sesuai dinikmati sebagai snek untuk makan petang atau semasa menonton filem. Abang Bob lom penah try lagi makan noonsom ni. Ok masukkan dalam list nanti.

Pinasakan

Pinasakan atau Pinasakan Sada ialah makanan tradisi Sabah yang cukup terkenal di kalangan suku kaum Kadazan-Dusun. ‘Sada’ di sini bermaksud ikan, jadi Pinasakan ini selalunya dihidangkan bersama ikan Basung. Bahan-bahan lain yang digunakan untuk membuat Pinasakan Sada ialah kunyit, takob-takob, garam dan buah Bambangan. Hidangan ini akan berganda keenakannya jika dimakan bersama nasi putih dan sambal. Macam unik jer makanan ni. Ok masukkan dalam list jugak!

Tuhau

Tuhau sebenarnya sejenis jeruk yang diperbuat daripada pokok tuhau, sejenis halia liar. Dari situlah hidangan ini mendapat namanya. Aroma tuhau ini sememangnya kuat, bergantung kepada empunya badan sama ada anda boleh menahan baunya atau tidak. Namun, khasiat yang terdapat pada hidangan yang selalunya dijadikan pembuka selera ini memang tinggi.Hehehehe..Berani ke nak try?

Amplang

Siapa yang tak kenal, tak tahu laaa. Amplang merupakan makanan ringan berasaskan ikan yang cukup terkenal di kalangan suku kaum Bugis di Sabah. Nama lain bagi Amplang ini ialah keropok kuku macan. Amplang ini boleh dikatakan sebagai keropok ikan. Namun, ianya juga ada pelbagai versi. Ada keropok udang dan ketam juga. Hidangan ini selalunya dinikmati semasa minum petang. Lebih enak jika dijamah bersama teh atau kopi panas. Yang ini pun kalau makan masa tengah tengok drama petang-petang pun layan. Tahu-tahu habis sebungkus.

Itulah dia antara makanan yang terpaksa abang hold dulu selera sampailah keadaan jadi terkawal balik. Tak lari ke mana pun makanan-makanan tu semua. Ada rezeki nanti, sampailah abang ke Sabah. Tiket pun takdelah mahal sangat nak beli. Orang-orang Sabah! Tungguuuu!

Baca juga artikel ini: Memang Terangkat Habis! 7 Masakan Istimewa Orang Jawi Peranakan Penang!

Raja Lepak

Read Previous

Tolong Faham Bahasa. Sebab Korang Nanti Orang Lain Merana

Read Next

Boring Laaa Duduk Kat Umah! Rasa Mereput? Meh Mulakan Langkah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *