Semua sedia maklum bahawa kemudahan parkir yang berlogo kerusi roda disediakan khas untuk golongan orang kurang upaya (OKU) namun Hamka lihat segelintir rakyat Malaysia yang normal pun pentingkan diri menggunakan parkir mereka.
Namun Hamka lihat bukan sahaja kereta yang parkir situ malah penunggang motosikal juga mula melakukan tindakan seperti yang dibuktikan oleh seorang pengguna OKU di alam maya yang melahirkan rasa kecewa menyaksikan sikap penunggang mengambil kesempatan menggunakan kemudahan parkir disediakan kepada OKU di sebuah pasar raya di sini.
Kekecewaan tersebut disuarakan oleh Ayen Razali menerusi Facebooknya hingga tular di laman sosial yang menyifatkan sikap itu mementingkan diri tanpa memikirkan kesulitan OKU membebankan golongan tersebut terutama ketika parkir di pusat membeli-belah.
Menurutnya, situasi tersebut seolah-olah tiada kesudahan disebabkan dia kerap kali menyaksikan tindakan penunggang motosikal parkir di ruang garisan kuning yang menyukarkan pengguna sepertinya untuk parkir di situ.
“Garisan kuning disediakan untuk memberi ruang kepada pemandu kereta yang berkerusi roda untuk turun dan naikkan kerusi roda dari kenderaan. Ruang tersebut bukan untuk penunggang motosikal dan tolong faham keperluan kami.
“Kepada warga FB yang prihatin, saya bagi pihak rakan OKU yang lain mohon tolong kongsikan ‘post’ ini, bukan untuk mencari publisiti murahan tapi demi untuk sampaikan mesej pada orang ramai. Masalah ‘ragut’ parkir di garisan kuning tiada kesudahan sehingga kini. Bantulah kami,” katanya.
Dalam pada itu, Ayen Razali juga turut memuat naik video berdurasi 1 minit 37 saat memaparkan dia sedang melakukan tinjauan di sebuah pasar raya dan ternyata garisan kuning serta parkir OKU disalah guna oleh golongan tidak bertanggungjawab.
Setakat ini, video berkenaan mendapat 9,800 kali tontonan oleh pengguna Facebook dan rata-rata mereka menyokong usaha Ayen dan berharap kesedaran kemudahan OKU dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat.
Link video