Siapa yang tak kenal dengan sikap keprihatinan Raja Permaisuri Agong kita, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terhadap rakyatnya?
Abang Bob memang cukup kagum dan tersentuh dengan sifat keperibadian Raja Permaisuri. Dalam situasi semasa saat negara sedang berjuang membasmi penularan wabak COVID-19, Raja Permaisuri Agong tidak lepaskan peluang yer untuk sama-sama berbakti kepada masyarakat.
Dengan kehandalannya memasak, baru-baru ni Baginda telah berkenan nak menyajikan nasi berlaukkan hasil air tangannya kepada petugas dekat Hospital Sungai Buloh dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan dekat Putrajaya.
Baca artikel ini: Prihatin Nasib Petugas Kesihatan. Komuniti FB Cipta Face Shield Untuk Keperluan Petugas
Menurut Baginda dalam kapsyen dekat laman Instagram miliknya, Baginda Permaisuri cakap dia telah menyediakan masakan untuk para doktor, jururawat dan petugas dekat Hospital Sg. Buloh dan mendoakan kesejahteraan semua petugas barisan hadapan tu.
Antara masakan yang dimasak sendiri oleh Baginda Permaisuri ialah kari ayam, sayur goreng dan telur dadar yang disertakan bersama nasi putih.
Untuk petugas CPRC pula, mereka diberi nasi goreng ‘cheminahsayang’ dan sambal tumis ikan bilis serta kek muffin. Alahaiii walaupun simple, tapi kalau yang masak tu air tangan Permaisuri, siapa yang tak terujakan?
Selain tu, Baginda Permaisuri juga ada menghantar nasi berlaukkan telur kurma, kobis lemak serta ayam kerutup kat petugas di Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Netizen-netizen apa lagi, pakat membawang laa dengan komen-komen mencuit hati. Tapi bukan membawang benda-benda buruk pun. Rata-rata memuji sifat keprihatinan Tunku Azizah terhadap petugas perubatan yang telah banyak berkorban masa dan tenaga. Antara komen-komen yang ditinggalkan netizen ialah:-
bayahness: Ampun Tuanku.. Patik selaku warga kerja kesihatan di hospital kawasan Sg Buloh amat terharu dgn kprihatinan Tuanku.. Junjung kurnia Tuanku… Moga Allah merahmati. You are my idol. Ampun Tuanku.
wan_fary: Beruntung nya staff di sg buloh. Next HTAA tuanku.
ismazatulhusna: Alhamdulillah junjung kasih Tuanku. Thank you to all Malaysian frontliners
the_stories_of_familia: bangga ada queen mcm tuanku
Tidak ketinggalan, kemurahan hati Baginda itu mendapat ucapan terima kasih daripada petugas Hospital Sungai Buloh. Respons itu dijawab dengan hantaran terbaharu Baginda di instagramnya dengan bertitah:
“the least i could do… for the govt servants sacrificing their lives… i salute them”.
Terharu Abang Bob melihat usaha yang dilakukan oleh Raja Permaisuri kita ni. Kepada rakyat Malaysia, kerajaan tak mengharapkan apa-apa sumbangan daripada korang, cukuplah kalau sekadar korang mendengar arahan dan patuh pada Perintah Kawalan Pergerakan yang dibuat.
Itu pun dah jadi salah satu sumbangan korang untuk sama-sama memerangi wabak COVID-19 ni.
Baca artikel ini: Laaa Ingatkan Orang Malaysia. Gadis Beijing Cakap BM Kongsi Tip Covid-19.