Alamak! Patutlah Bau Hancing Satu Apartmen

Kat tengah-tengah kebimbangan penularan wabak COVID-19 ni, masih ada lagi orang yang tak reti-reti nak jaga kebersihan. Walaupun benda ni tak berlaku kat Malaysia, tapi Abang Bob terperanjat kot bila ada perangai pengotor macam ni.

Menjijikan betul bila ada tiga beranak kat sebuah pangsapuri di Kazakhstan ni sanggup tinggal bersama ratusan botol plastik yang mengandungi air kencing!

Korang boleh bayangkan tak, masa serbuan kat pangsapuri tu dibuat, pihak polis terkejut bila melihat terdapat beratus-ratus botol plastik berisi air kencing berada kat atas lantai. Haiyoo!

Baca artikel ini: ‘Social Distancing’ Lebih Berkesan. Buat Rakyat Tidak Sengara seperti ‘Lockdown’

Menurut laporan Daily Mail, keluarga tu cakap dia terpaksa membuang air kecil dalam botol plastik sebab bekalan air kat rumah mereka sudah dipotong gara-gara bil tertunggak.

Perbuatan keluarga tu pula terbongkar sebab aduan penduduk sekitar yang mendakwa dah tak tahan lagi dengan bau hancing yang datang dari rumah keluarga terbabit.

Bukan itu jer, jiran-jiran juga mendakwa rumah keluarga tu tak ubah macam tapak pelupusan sampah dengan lipas berkeliaran kat sekitar kawasan kediaman tu.

Korang nak tahu tak, hasil siasatan pihak polis, keluarga tu cakap di telah menyimpan beratus-ratus botol berisi air kencing tu sejak setahun lalu! Disebabkan perkara tu, seluruh ahli keluarga tersebut telah dibawa untuk menjalani ujian kesihatan mental.

Kesian pulak Abang Bob dengar kisah keluarga ni. Tapi tolong laa korang untuk jaga kesihatan dan kebersihan nak-nak diwaktu dunia sekarang sedang dilanda penularan wabak yang membawa maut ni.

Baca artikel ini: Macam-Macam Ragam Bila Suami Ambil Alih Beli Barang Dapur. Sabar Jer Laaa

Raja Lepak

Read Previous

Lagu ‘Saya Anak Malaysia’ Bergema. Lelaki Buat ‘Konsert’ 20 Minit Hiburkan Jiran

Read Next

Jordan Guna Khidmat Bas Agih Roti Dek Kerana ‘Lockdown’?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *