Selamat pagi pembaca Hamka semua. Apa khabar korang hari ini? Hamka doakan supaya korang dalam keadaan sihat walafiat yang kita semua sudah masuk hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan. Jadi, ada yang masih berdegil nak keluar ke tu?
Jangan ye korang..chill dekat rumah je tau. Bukan senang nak dapat cuti lama begini. Nanti jangan pula bila dah kena kerja korang rindu saat duduk lama-lama dekat rumah. Jadi, bagi yang tengah masak atau mungkin ada yang tengah kerja ke, Hamka nak share cerita sikit dekat korang.
Hari ini Hamka cerita sikit ye pasal Covid-19 di negara orang. Di Manilla, akibat kehabisan bekalan topeng muka, seorang lelaki sanggup menggunakan tuala wanita bagi menutup mulut dan hidungnya ketika keluar rumah dalam mengekang wabak koronavirus (Covid-19).
Meskipun dia mengetahui dirinya bakal menjadi bahan lawak oleh rakan-rakannya, namun lelaki tersebut yang dikenali sebagai Arnel Losada tetap menggunakan tuala wanita ekoran sukar mendapatkan topeng muka di pasaran.
Jika ada bekalan pun, Hamka yakin mungkin harganya jauh lebih mahal dari biasa sekali gus membebankan golongan kurang mampu sepertinya yang hanya bekerja sebagai seorang pemandu lori dan kisah ini telah pun didedahkan melalui Twitter ABS-CBN News yang menarik perhatian ramai.
Mungkin ada setengah daripada kita yang mempertawakan gelagat yang dilakukan oleh dia namun bagi Hamka walaupun caranya begitu, namun dia ada sikap mahu menjaga diri di luar dan tidak peduli langsung orang nak kata apa dengan dia.
Betul! Kerana pencegahan adalah lebih baik dari mengubati kan…Tidak mustahil juga tuala wanita ini akan digunakan berterusan disebabkan topeng muka sukar didapati dan dijual dengan harga yang melipat kali ganda daripada harga asal di Filipina.
Sedikit info buat korang, kerajaan Filipina kini telah pun melaksanakan tempoh berkurung bermula 15 Mac hingga 14 April depan, tetapi sebahagian pekerja dikecualikan dan sesiapa yang melanggar arahan tidak akan ditangkap. Di sini, seramai 202 rakyatnya disahkan positif dan 14 kematian direkodkan setakat ini.
Jadi, Hamka berharap agar korang rakyat ‘”Just Stay at Home” dan patuhi arahan kerajaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini bagi kita membendung jumlah pesakit Covid-19 daripada meningkat. Hamka risau jika meningkat mendadak sehingga hujung minggu ini, tidak mustahil teempoh perintah ini akan dilanjutkan.
Menyusahkan korang lagi kan. Jadi, pembaca Hamka, korang chill-chill sahaja di rumah dan yang paling penting, jaga kesihatan diri.
Artikel berkaitan
Itu Pinggang Ke Batang kayu? Gadis Miliki Pinggang Kecil Macam Lidi
Jijik! Wanita Sanggup Jilat Tandas Demi ‘Covid-19 Challenge’