Kalau korang yang suka mengambil gambar berlatar belakang KLCC atau dikenali sebagai Menara Kembar Petronas, Hamka nak cerita sedikit dengan korang semua, ada tarikan terbaharu untuk itu.
Hamka perkenalkan Saloma Link, tarikan memukau yang korang masukan dalam checklist untuk pergi dalam masa terdekat
Saloma Link merupakan sebuah projek jambatan pejalan kaki sepanjang 370 meter yang menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 berhampiran stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank, tidak jauh dari KLCC.
Dengan adanya jambatan ini, korang semua hanya boleh berjalan kaki sahaja tau dari Kampung Baru ke KLCC dalam masa 10 minit sahaja, berbanding lebih 30 minit jika melalui jalan raya yang sibuk sebelum ini.
Hamka dah pun menjejaki kaki ke sana. Bukan sahaja design yang ditengahkan pada jambatan ini cantik tetapi memang betul korang,lebih kurang 10 minit sahaja untuk korang sampai ke KLCC jika cuba berjalan kaki bermula di Kampung Baru
Jambatan ini mengetengahkan konsep sirih junjung dan menjadikan Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia sebagai inspirasi. Hamka berbangga sebab nampak ciri Melayu Klasik yang ditonjolkan dalam rekaan pada jambatan ini.
Lebih mengagumkan, sebahagian 69 meter Saloma Link dibina merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).Ia turut dihiasi dengan sistem pencahayaan canggih yang menonjolkan keunikannya pada waktu malam, sama seperti Bridge of Peace.
Jambatan ini dibina bagi Hamka ini dibina pada jajaran yang menepati sudut terbaik untuk menampakkan KLCC tanpa sebarang halangan. Malah, yang bestnya, di sini turut tersedia dua kawasan khas untuk bergambar yang berlatarbelakangkan bangunan ikonik kebangsaan tersebut.
Melihatkan pada gambar-gambar, pasti ramai yang akan ternganga dengan seni bina hebat dan rumit Saloma Link ini. Memang menakjubkan!
Serius cantik sangat! Hamka yakin ia pasti akan menjadi satu ikon penting buat para pelancong untuk mengabadikan kenangan di Bandaraya Kuala Lumpur. Kalau korang nak datang sini, tak salah korang nak datang pagi tapi Hamka syorkan kalau korang jenis suka ambil gambar, datang malam, memang cun guys!
Sebab jejantas ini dihiasi dengan 4000 LED yang berwarna-warni pada waktu malam. Yang bestnya, lampu-lampu ini akan bertukar warna dan akan mengikut tema musim perayaan tapi jangan jangan datang lewat tau sebab waktu operasinya bukan 24 jam, Apa pun, siapkan kamera yang cantik tau.
Kalau korang naik dekat kampung baru, naik jambatan ini dari Lorong Raja Muda Musa 3, hanya 100 meter dari LRT Kampung Baru. Dekat sebelah KLCC pula, anda boleh naik di jalan Saloma yang bersebelahan di Menara Public Bank. Bila korang keluar dari jejantas ini, memang boleh nampak KLCC depan mata guys!!! Tak jauh mana pun jaraknya.
Jadi, kalau ada sesiapa nak pergi, jangan lupa ajak Hamka guys, boleh kita pi layan seafood di Kampung Baru.
Artikel berkaitan
10 tempat percutian ’rare’ di Kedah
Masakan ‘Jawaworld’ memang terbaik! 8 masakan tradisi orang Jawa Malaysia