Fuhh! Main Bilion-Bilion Jer Guys.10 Wanita Muslim Paling Kaya Kat Dunia

Mereka bukan sahaja cantik, tetapi juga tersenarai antara 10 wanita Muslim paling kaya di dunia.

Tengah sedap lepak-lepak minum dengan kawan Abang Bob orang panggil dia Capang sebab telinga macam piring Astro, tiba-tiba dia bersuara sesuatu yang nak membuatkan Abang Bob terkekek-kekek menahan ketawa.

Mana taknya, tengah dok nyembang pasal keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ni, tiba-tiba jer dia bersuara, “alangkah best kalau dapat kawen bini kaya”. Fuhh! Terbakor masa tu telinga Abang Bob. Dah kenapa berangan nak kawen dengan bini kaya? Nak hidup cuci kaki jer laaa? Amboi banyak cantik. Ntah-ntah perempuan tu pun tak nak dengan ko Capang!

Alaaa..Abang Bob tahu dia gurau jer tu. Kitaorang dah kawan lama, memang dia suka bergurau. Lagi pun Capang tu pun ada bisnes dia sendiri gak, hidup senang. Dia saja-saja nak melawak, tapi tak kelakar pun. 

Masa dia borak-borak kata nak kawen dengan perempuan kaya tu, dia ada laa sebut dua tiga nama wanita Muslim paling kaya di dunia. Ada nama yang Abang Bob familiar, dan ada juga yang tidak. So dah alang-alang Capang dah buka cerita pasal wanita kaya ni, Abang Bob nak rungkai 10 wanita Muslim yang bukan sahaja cantik, tapi paling kaya di dunia.

Ameerah Al-Taweel, Arab Saudi

Cantik tak? Yezza! Tapi sorry guys sebab dia dah kawen. Ameerah ni merupakan Puteri Arab Saudi yang lahir pada 6 November 1983. Suaminya ialah Putera Al Waleed, seorang ahli perniagaan yang tersenarai antara lelaki paling kaya di dunia oleh Forbes. Harta bersih kekayaannya bernilai lebih AS$20 bilion (RM83 bilion) hingga AS$25 (RM104 bilion). Mana tak kaya, diaorang ni adalah pengasas dan pemilik Kingdom Holding Company.

Lalla Salma, Maghribi

Seterusnya ialah Lalla Salma dari Maghribi. Dia ni kalau tak silap Abang Bob ialah isteri kepada Raja Mohammed VI. Lalla ni asalnya orang biasa jer. Ibunya seorang guru sekolah. Lalla dilahirkan pada 10 Mei 1978. Walaupun dia digelar ‘The First Lady’, dia tetap ,mengekalkan sifat rendah diri. Bagus laa kalau macam tu, tak menyombong. Suaminya, Raja Mohammed VI dianggarkan mempunyai kekayaan bernilai AS$2.5 bilion (RM10.43 bilion).

Rania Al Abdullah, Jordan

Haaa! Yang ini menang cantik, Rania Al Abdullah, seorang permaisuri Jordan yang dilahirkan pada 31 Ogos 1970. Merdeka! Tiberrr. Suaminya ialah Putera Abdullah II yang telah ditabalkan sebagai RajaHashmite Kingdom of Jordan pada tahun 1999. Walaupun laki dia tak pernah mengiktiraf kekayaannya kepada umum, khabar angin cakap beliau telah habiskan lebih daripada satu billion untuk bina sebuah taman tema berkonsepkan Star Trek sahaja. Sebab kecantikan permaisuri, majalah The Harpers dan Queen Magazine telah menggelar Permaisuri Rania sebagai permaisurio tercantik pada tahun 2011.

Fathima Kulsum Zohar Godabari, Arab Saudi

Apa yang Abang Bob tahu, Fathima ni merupakan isteri kepada Sheikh Avdi Al Muhammad dan dia dilahirkan dalam antara keluarga paling kaya di dunia. Dah-dah, korang jangan nak sakit hati pulak. Fathima ni dikatakan jarang sekali mendedahkan wajah pada khalayak. Tapi itu dulu, sekarang ni wajahnya dan boleh dapat kat internet.

Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Brunei

Siapa tak kenal yer anak kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Hajah Hafizah dilahirkan pada 12 Mac 1980. Cantik tak? Abang Bob dulu pernah gak berangan kalau dapat kawen dengan kerabat Brunei. Sekarang ni jangan katakana kawen dengan kerabat Brunei, jejak Brunei pun tak pernah. Bapanya pernah disenaraikan sebagai orang paling kaya di dunia pada tahun 1997 oleh Forbes. Paling kaya di dunia weiii! Sultan Hasanal Bolkiah sendiri mempunyai 7,000 buah kereta termasuk sebuah kereta Rolls-Royce yang disalut dengan emas 24 karat. Abang Bob kalau nak cakap pun rasa tercekik. Selain tu, kediaman dirajanya telah diiktiraf sebagai kediaman paling besar di dunia yang mempunyai 1,700 buah bilik dalam istana. Semasa Hajah Hafizah berkahwin, bapanya telah membelanjakan sebanyak AS$20 juta (RM83.40 juta) untuk perkahwinan anaknya dengan YAM Pengiran Anak Haji Mohammad Ruzaini.

Sultanah Nur Zahirah, Terengganu, Malaysia

Siapa yang tak kenal dengan permaisuri yang cantik jelita ni, korang siap! Permaisuri Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang juga isteri kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin. Beliau dilahirkan pada 7 Disember 1973. Walaupun keluarganya tidak pernah mendedahkan nilai aset yang dimiliki, tapi ada sumber mengatakan jumlah kekayaan mereka adalah hampir atau lebih kurang AS$15 bilion (RM62.55 bilion).

Sheikha Mozah Bint Nasser Al Missned, Qatar

Hasil kajian yang Abang Bob buat, Sheikha Mozah ni merupakan isteri kedua daripada tiga isteri Sheikh Hamad Khalifa Al Thani yang dilahirkan pada tahun 1959. Nilai bersih kekayaan Sheikh Hamad ni dianggarkan lebih daripada £7 bilion (RM37.92). Fuhh! Makan 7 keturunan tak habis.

Sheikha Maitha Binti Mohammed, Dubai

Nampak manis jer Sheikha Maitha Mohammed ni. Dia yang dilahirkan pada 5 Mac 1980 merupakan anak perempuan kepada Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum, yang merupakan Perdana Menteri serta Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE). Sheika ni merupakan seorang atlet Taekwondo dan pernah menang pingat Perak masa Sukan Asia 2006 kat Qatar. Kekayaan keluarganya? AS$40 bilion (RM166.80 bilion). Ini kalau ajak training bagus ni. Silap-silap boleh patah tengkuk Abang Bob. Hahahah!

Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Brunei

Seorang lagi kerabat Sultan Hassanal Bolkiah, iaitu anakanda keempatnya, Puteri Majeedah. Bapanya, Sultan Brunei memang sangat kaya dan gemar pada emas.

Sheikha Hanadi Bint Nasser Al Thani, Qatar

Dalam ramai-ramai, Abang Bob rasa dia ni sorang jer yang bukan datang dari keturunan kerabat. Sheikha Hanadi merupakan seorang pegawai bank, pelabur, usahawan hartanah dan salah seorang ahli perniagaan paling berjaya dalam sejarah ekonomi Qatar. Dahsyatnyer! Abang Bob jangan kata berniaga, nak jual kira duit pun tak pandai. Alahaiii! Selain tu, dia juga penasihat khas di Standard Chartered Bank, selain menjadi Ketua Pegawai Eksekutif bagi projek Waab City. Kekayaannya dianggarkan bernilai hampir AS$15 bilion (RM62.55 bilion).

Capang..Capang..Cuba tengok kekayaan diaorang semua tu, billion-bilion beb. Nak jadi kaya memang senang kalau dengan berangan. Tapi tak mustahil pun. Usaha guys!

Nak baca lebih?

“Hadiah Istimewa Ini Untuk Awak Sebab Tinggalkan Saya”. Gadis Bagi Hadiah Spesial Untuk BF Jahat

stephen.chin

Read Previous

Memang Terangkat Habis! 7 Masakan Istimewa Orang Jawi Peranakan Penang!

Read Next

Kenduri kahwin sediakan ‘hand sanitizer’ buat tetamu demi elak koronavirus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *