Masakan khas kaum Jawi Peranakan Penang popular yang korang selalu makan, tapi tak tahu pun ia masakan istimewa Jawi Peranakan.
Korang buat apa tu? Dah makan belum? Ni nak ahabq, haritu Abang Bob pergi Penang. Saja laaa melawat Kawasan sebab dulu Abang Bob dok study kat sana. Mana lag ikat USM laaaa..Tiga tahun baq kat hang Abang Bob dok Penang nun. Banyak dah berubah. Ikea pun ada dah la ni kat sana. Meriah sungguh!
Dah alang-alang pi Penang nun, singgah laa kejap kat rumah kawan lama dulu satu kelas. Dia memang orang Penang dok kat Bayan Lepas dekat dengan Penang International Airport. Kawan Abang Bob ni dia ni keturunan Peranakan India Muslim dan Melayu Pulau Pinang atau Jawi Peranakan. Alaaa Mamak laa senang citer.
Dah lebih 10 tahun tak jumpa, dia pun dah kahwin, anak 3 orang dah, Abang Bob jugak laa bujang terlajak sampai laaa ni.
Masa Abang Bob cakap nak mai tu, dia cukup seronok tak sabaq ni nak jumpa. Yer laa kami dua dulu memang rapat. Dia kata bini dia ada masakkan macam-macam sebab kebetulan depa dua ni nak pi buat Umrah. Ibarat langkah kanan laa Abang Bob. Paling syiok bila depa masak lauk-pauk yang memang masakan istimewa Jawi Peranakan. Korang mesti nak tahu apa antara masakan istimewa diaorangkan? Ok kat sini Abang Bob nak senaraikan antara masakan yang Abang Bob makan haritu. Check it out!
- Daging gulai
Daging gulai yang Abang Bob makan haritu memang best. Terbaik! Gulai bermakna kari kalat kat utara terutamanya di Pulang Pinang. Selain daging, gulai pun boleh dibuat masakan ayam, ikan dan kambing. Tapi masa tu Abang Bob tak makan daging gulai dengan nasi putih, sebab ada roti jala atau orang kat sana panggil roti surai masa tu. So cicah dengan daging gulai. Sedap woii!
- Gulai ikan kering talang
Lauk yang ini memang feberet Abang Bob. Kat utara, kalau ada jer kenduri-kendara, memang wajib kena ada gulai ikan kering talang ni. Untuk orang Jawi Peranakan, menu ni teklah diubahsuai ikut citarasa mereka. Kawan Abang Bob tu ada laa bagitahu, gulai ni tak sama dengan gulai lain sebab cara masaknya guna kaedah tumis darat atau tumis diakhir masakan. Abang Bob angguk jer buat-buat faham. Hahahaha!
- Ayam masak merah
Kat mana-mana pun boleh dapat ayam masak merah ni kot? Mesti korang akan berfikir macam tu. Betul tak? Tapi untuk masakan kaum Jawi Peranakan ni, depa panggil sebagai ayam masak cabai. Masakan ni dianggap istimewa oleh mereka sebab ia hanya akan masak benda ni time ada kenduri atau pada Hari Raya. Ayam masak merah cabai ni diaorang akan makan dengan nasi tomato ala mami dan acar timun nanas. Kalau kat negeri lain, ayam masak merah cara Jawi Peranakan ni dia tidak menggunakan setitik pun sos cili. Fuhh! Terangkat!
- Rasam
Haaaa! Yang ini memang masakan special sebab Abang Bob sendiri tak pernah makan tapi pernah dengar. Rasam atau rasem ni merupakan sejenis sup berempah yang hanya boleh dapat kat kedai-kedai nasi kandar jer. Kat Penang rasam ni memang sangat popular dan dijadikan lauk sampingan masa makan tengahari dan malam. Biasanya orang Jawi Peranakan ni akan buat rasam tomato dan dihidangkan semasa hujan. Orang Jawi Peranakan ni percaya bahawa rasam boleh membantu mereka memanaskan badan dan mengubati selesema. Kalau dapat memang tambah nasi beb.
- Sup fucuk
Masa kenduri haritu Abang Bob tak sempat nak rasa masakan ni sebab dah banyak sangat lauk. Tapi sempat laa jugak menanya. Kawan Abang Bob cakap sup fucuk atau pucuk ni merupakan sup peneman kepada mana-mana lauk bercili. Orang Jawi Peranakan ni suka makan sup fucuk pada waktu panas. Resepi ni kesinambungan budaya Nyonya dan Melayu kat Malaysia. Nice rite?
- Gulai ketam
Gulai ketam ni Abang Bob ambik sampai 3 ekor. Makan ratah gitu jer. Biasa kita makan ketam masak lemak cili api takpun ketam masak cili. Tapi kalau kat Penang, orang Jawi Peranakan ni akan buat ketam masak gulai sebab depa memang tak boleh berpisah dengan masakan berempah. Abang Bob perasan, kawan abang tu dok perati jer. Ahakz!
- Dhalca
Lauk wajib! Yang ini pun memang feberet Abang Bob guys. Lauk dhalca ni memang kena ada waktu kenduri. Dalcha yang sedap kena ada resepi yang cukup semuanya. Sama macam gulai ikan kering talang, dalcha ni dimasak secara tumis darat. Tak tahu laa macam mana tumis darat tu. Tapi yang penting memang best sebab ada macam-macam sayur kat dalam dalcha tu.
Jangan hairan laa kenapa badan Abang Bob ni comel. Nampak semua benda, semua nak makan. Ehh hello..makan sikit-sikit jer ok. Kang tak makan kecik hati pula tuan rumah. Makan tu biar berpada-pada. Semua benda nak sumbat dalam perut tu, ingat muat ke? Siapa berani kutuk Abang Bob, siap! Awas yer..Hahahah.