Kisah lagenda Naga Tasik Chini bakal ke Hollywood

Siapa yang tidak kenal dengan lagenda Naga Tasik Chini, kisah yang popular di negeri Pahang yang setiap daripada kita pasti mengetahui kisah ini walaupun kewujudan naga tersebut belum dapat disahkan lagi sehingga kini.

Namun, Hamka nak bagitahu berita gembira buat semua sebab kisah lagenda rakyat Pahang ini tidak lama lagi akan ke layar perak yang berjudul The Chini Saga yang merupakan sebuah filem bergenre epik, fantasi, penuh aksi dan pengembaran ini bakal diterbitkan setaraf filem Hollywood.

The Chini Saga ini diilhamkan oleh pengarah filem ini sendiri iaitu Pveezi Zain dengan mendapat kerjasama Pertubuhan Generasi Digital Malaysia yang mereka juga mendapat suntikan pembiayaan sebanyak USD 25 juta iaitu lebih kurang RM102 juta daripada RSB Investment Bank. Wow, jumlah yang besar tu.

Apa yang Hamka tahu, pelakon yang dicadangkan bukan calang-calang tau kerana akan dibarisi oleh pelakon terkenal iaitu Jackie Chan dan juga Rajinikanth dan diyakini akan berjaya menembusi box office seperti filem Hollywood lain. Ini yang buat Hamka tak sabar nak tengok ini sebab pelakon favourite Hamka pula, abang Jackie.

Kisah mitos naga Tasik Chini bakal dibawa ke layar perak ini juga akan mendapat kerjasama enam negara Asia termasuk Indonesia, Thailand dan India. Korang boleh rasa tak feel dia yang filem ini sememangnya boleh pergi jauh.

Hamka kongsi sikit sejarah filem Naga Tasik Chini. Kisah mitos rakyat ini sebenarnya telah banyak mendorong beberapa penggiat seni untuk mengadaptasikannya namun tidak setaraf The Chini Saga kerana kali ini Dang Sari yakin satu dunia bakal tengok kisah lagenda kita tau. 

Antaranya, seniman Allahyarham Nordin Ahmad yang pernah mengarahkan kisah ini pada 1966. Pada 2003, kisah ini sekali lagi cuba diadaptasikan oleh sutradara Mohd Raffi Hussain tetapi tidak dilaksanakan kerana beliau meninggal dunia. Pada 2006, impian Mohd Raffi diteruskan Pveezi namun hasratnya untuk mengadaptasikan kisah itu tergendala disebabkan beberapa masalah teknikal.

Dang share sikit kenyataan pengarah yang menurut Pveezi, dia telah dijemput ke Los Angeles bagi sesi pitching di sana dan dijangka memulakan penggambaran pada penghujung tahun 2020.

“Jika semuanya berjalan dengan lancar, filem ini akan mengambil masa lebih kurang tiga tahun.

“Cadangan pelakon asal filem ni ialah antaranya pelakon antarabangsa terkenal Jackie Chan dan Rajinikanth. Saya berharap karya ini setaraf filem Hollywod yang lain,” katanya.

Bagi Hamka, naskah yang diilhamkan oleh Pveezi ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding filem lain di negara ini berjaya menarik minat syarikat produksi yang pernah memenangi anugerah Oscar yang berpengkalan di Los Angeles

Filem fantasi hasil adapatasi kisah dogeng tempatan ini khabarnya bakal menggunakan 90% kaedah Visual Effect (VFX) dan sekiranya semua berjalan lancar, pengembaran bagi filem The Chini Saga ini akan dijalankan pada penghujung tahun 2020 ini korang dan dijangka siap pada tahun 2023.

Watak naga Tasik Chini. Foto : chinlakedragon.com

Video link

Raja Lepak

Read Previous

10 tempat percutian ’rare’ di Kedah

Read Next

Dulu Indah Sekarang Hancur. 10 Lokasi Pelancongan Popular Terpaksa Di Tutup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *