10 tempat percutian ’rare’ di Kedah

A large green field

Description automatically generated

Sebut sahaja negeri Kedah pastinya ramai yang terbayangkan keindahan jelapang padi yang terhampar luas. Hamka sendiri pun dah turun ke sana dan bagi Hamka sendiri sangatlah menyeronokkan lagi-lagi dapat pergi travel dengan beberapa orang kawan ke negeri Kedah. Ya, memang sangat best korang!

Cuba korang bayangkan suasana negeri Kedah yang sangat mendamaikan. Banyak tempat yang jauh dari hiruk pikuk kesibukan bandar dan jika korang yang memang sedang mencari ketenangan yang memang menyamankan maka you guys semua memang patut pergi ke Kedah.

Kalau korang nak tahu Kedah ini amat terkenal dengan percutian pantai dan pulau, tarikan alam semulajadinya, tempat-tempat bersejarah dan lain-lain lagi. Dalam penulisan Hamka kali ini, Hamka nak mengesyorkan kepada korang semua beberapa tempat menarik di Kedah yang bukan sekadar tempat-tempat menarik untuk dilawati semasa bercuti.

1. Wang Tepus Ecotourism

A small house in a yard

Description automatically generated
A house with trees in the background

Description automatically generated
A piece of stone

Description automatically generated

Hamka yakin ramai di antara korang semua yang tidak tahu pun tentang kewujudan Wang Tepus Ecotourism namun Hamka yakin jika korang dah datang sini mesti tak mahu balik dek kerana terpukau dengan kecantikan alam flora dan faunanya.

Apa yang istimewanya di sini ianya merupakan sebuah perkampungan yang kaya dengan tarikan semulajadi seperti bukit-bukau dan sungai. Beberapa perusahaan kampung turut dimajukan sebagai tarikan pelancongan seperti agro farm, dusun durian, madu kelulut dan lain-lain

Tempat penginapan juga ada disediakan seperti Teratak Malinja yang menyediakan rumah kampung dan chalet ditepi sungai yang cukup menarik. Bagi anda yang ingin merasai suasana kehidupan di kampung, aturkan percutian di Wang Tepus Ecotorism. Lebih menyeronokkan jika datang pada musim buah-buahan. Dusun durian dan buah-buahan tempatan lain menanti anda disini.

Alamat:

No 1331 Awanaz,

Kampung Cerok Tok Lateh,

06000 Wang Tepus,

Kedah Darul Aman.

A large pool of water

Description automatically generated

2. Kolam Air Panas Baling

A large pool of water

Description automatically generated

Alang-alang korang dah datang Kedah nanti, jangan lupa singgah di Ulu Legong kerana ada terdapatnya kolam air panas di situ yang sedikit sebanyak dapat memberi kesegaran kepada diri anda dan yang menariknya korang boleh bermalam di sini dan menikmati keseronokan mandi air panas semulajadi dengan sepuas hati.

Beberapa buah chalet selesa disediakan untuk pengunjung. Di kawasan ini juga terdapat program homestay KEDA dimana selain mandi-manda di kolam air panas, koramg juga berpeluang mengikuti aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh penduduk tempatan.

Alamat:

Pusat Rekreasi Air Panas

Ulu Legong,

09100 Baling,

Kedah

3. Puncak Gunung Jerai

A view of a large body of water with a city in the background

Description automatically generated
A tree with a mountain in the background

Description automatically generated

Ini kalau bukan orang Kedah pun Hamka yakin korang mesti pernah dengar nama Gunung Jerai namun tidak semua yang pernah menjejakinya. Walaupun suasananya tidak sehebat Cameron Highland namun pengunjung masih boleh menikmati percutian tanah tinggi yang menyeronokkan.

Antara tarikan yang Hamka nikmati di puncak Gunung Jerai ialah korang dapat melihat pemandangan menarik sawah padi, menikmati keindahan matahari terbenam, melawat muzium perhutanan, melawat tempat bersejarah, mandi air terjun dan lain-lain lagi.

Satu-satunya tempat penginapan yang ada di puncak Gunung Jerai ialah The Regency Jerai Hill Resort. Ia adalah sebuah resort yang cantik dan cukup selesa bagi Hamka. Percutian anda disini pasti meninggalkan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.

Lokasi / Alamat:

Gunung Jerai

08000 Gurun,

Kedah

4. Hutan Lipur Sungai Sedim

A close up of a sign

Description automatically generated
A large waterfall over a body of water

Description automatically generated

Buat mereka pencinta alam semulajadi seperti Hamka, Hutan Lipur Sungai Sedim merupakan satu tempat menarik di Kedah yang korang mesti lawati kerana kawasan air terjunnya cukup mendamaikan di samping dikelilingi kehijauan hutan dan udara bersih yang nyaman.

Percutian disini seronok korang kerana berbagai aktiviti pelancongan disediakan untuk pelancong. Jika anda seorang yang meminati aktiviti lasak, percutian di Hutan Lipur Sungai Sedim pasti mengujakan. Ia adalah lokasi “white water rafting” yang terkenal. Korang berpeluang mencuba aktiviti menarik seperti white water boarding dan white water tubing yang pasti memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Selain itu, disini juga terdapat satu lagi tarikan utama iaitu Tree Top Walk yang merupakan kanopi terpanjang di dunia. Anda akan berjalan diatas laluan kanopi sepanjang 925 meter dengan ketinggian sehingga 50 meter dari tanah. Jika bangun di awal pagi, anda berpeluang melihat berbagai spesis burung, rama-rama dan haiwan-haiwan lain di atas pokok sepanjang perjalanan. Seronok kan…

Penginapan – Asrama dan chalet.

1- Bintang Sedim Villa – Chalet penginapan didalam kawasan Tree Top Walk Sungai Sedim.

2- Sungai Sedim Resort – Resort didalam kawasan Rekreasi arus deras Sungai Sedim.

5. Pantai Merdeka

A picture containing outdoor, tree, ground, sky

Description automatically generated
A group of people on a beach

Description automatically generated

Hamka yakin walaupun ramai tak pernah pergi tapi korang mesti tahu nama tempat ini kan.  Lagi-lagi kumpulan rock, Tropika yang membawakan lagu berjudul Pantai Merdeka. Famous kot lagu tu tapi kalau tak tahu jangan risau, Hamka cerita sedikit mengenai Pantai Merdeka.

Pantai Merdeka merupakan destinasi percutian pantai yang paling terkenal di negeri Kedah kerana satu-satunya pantai yang mempunyai resort untuk pengunjung bercuti. Pantai Merdeka terletak di daerah Kuala Muda. Lokasinya tidak jauh dari Sungai Petani. 

Walaupun pantainya tidak secantik di Langkawi, namun Hamka lihat tetap menerima kunjungan orang-ramai terutamanya pada hujung minggu. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah, island hopping, membeli-belah di Tanjung Dawai dan benda yang korang wajib cuba ialah menjamu selera mee udang di Pulau Sayak yang amat terkenal di sini.

Satu-satunya resort yang ada di kawasan pantai ialah Merdeka Beach Resort. Resort ini agak menarik dan selesa. Berbagai kemudahan dan aktiviti disediakan untuk pengunjung seperti kolam renang, bbq, menaiki bot dan permainan menarik untuk mengisi percutian. Harga bilik tidak mahal sangat korang, hanya bermula dari RM130.

6. D’Yan Chalet, Titi Hayun

The roof of a house

Description automatically generated
A house with bushes in front of a building

Description automatically generated

Walaupun penginapan disini bukanlah yang terbaik bagi Hamka namun suasana disini sangat menarik. D’Yan Chalet merupakan satu-satunya resort yang ada yang terletak di Taman Rekreasi Air Terjun Titi Hayun. 

Oleh kerana resort ini sudah agak lama, keadaan bilik dan perabot tidaklah cantik sangat namun untuk percutian bajet di kawasan air terjun, ia masih boleh dipertimbangkan. Harga bilik yang dikenakan bermula dari serendah RM75.

Namun begitu, Hamka yakin dari segi keselamatan masih lagi okay sebab resort ini diuruskan oleh Majlis Perbandaran Yan. Beberapa aktiviti boleh korang lakukan seperti memanjat Tangga Kenari, mendaki Gunung Jerai, mandi air terjun Titi Hayun, mandi air terjun Puteri Mandi, bbq, dan lain-lain lagi.

Lokasi / Alamat:

D’Yan Chalet

Titi Hayun,

06900 Yan,

Kedah

7. Anjung Menjaro / Teratak Ayahanda

A group of people standing in front of a house

Description automatically generated
A wooden statue in a garden

Description automatically generated

Bagi yang bercadang untuk bercuti bersama keluarga, resort ini memang sesuai bagi korang semua kerana berbagai kemudahan disediakan termasuk untuk korang buat BBQ yang dikelilingi dengan kawasan resort yang cantik.

Anjung Menjaro ialah sebuah resort menarik yang terletak di Titi Hayun, Yan yang turut dikenali dengan Teratak Ayahanda. Keistimewaan bagi Hamka yang ada adalah kesenian resort yang dihasilkan. Di Anjung Menjaro Resort ini terdapat tujuh buah rumah yang diperbuat dari kayu. Setiap rumah mempunyai rekabentuk tersendiri yang sangat cantik. 

Kemudahan dapur dengan perabot, peti ais dan pinggan mangkuk disediakan juga untuk tetamu. Dikelilingi hutan semulajadi, suasana disini sangat nyaman dan menyegarkan korang. Selain itu, di resort ini juga terdapat tiga buah kolam mandi yang pasti menggembirakan hati anak-anak anda dan harga bilik bermula dari RM150.

Hamka kalau dah ada anak dah. Mahu selalu ke sini sebab memang percutian yang sesuai untuk keluarga

Lokasi / Alamat:

Anjung Menjaro

1111 Persisiran Dato Haji Hashim,

Jalan Titi Hayun,

06900 Yan,

Kedah

8. Zamani’s Place, Yan

A resort near the water

Description automatically generated
A house with a pool in front of a building

Description automatically generated

Satu lagi tempat menarik untuk percutian di Kedah ialah Zamani’s Place yang terletak di Pantai Murni, Yan. Bagi Hamka ia merupakan sebuah resort mewah yang cukup mempersonakan. Jika anda merancang untuk bercuti di satu tempat yang cantik dan beristirehat dalam suasana yang tenang, Zamani’s Place boleh dimasukkan dalam senarai lokasi pilihan anda.

Tarikan dan kemudahan yang ada di Zamani’s Place termasuk kolam renang, kolam memancing, taman, bbq. Hamka tak pernah lagi ke sini tapi menurut kawan Hamka, Damak, tempat ini sesuai bercuti bersama keluarga dan harga bilik bermula dari RM289. Nanti Hamka minta Damak menulis mengenai tempat ini.

Lokasi / Alamat:

Zamani’s Place

Lot 5501, Jalan Pantai Murni,

Kampung Pantai Murni,

Yan Besar,

06900 Yan,

Kedah.

9. Chalet Terapung Persatuan Peladang

A boat is docked next to a body of water

Description automatically generated
A waterfall in a forest

Description automatically generated

Jika anda mencari lokasi percutian bajet yang unik, Chalet Terapung Persatuan Peladang yang lebih dikenali sebagai PPK Merbok ini sangat kami sarankan kerana pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan alam semula jadi korang boleh lakukan.

Chalet Terapung PPK Merbok ini semakin terkenal sebagai tempat percutian menarik di Kedah. Mana taknya, Hamka tengok sudah beberapa kali tempat ini dijadikan lokasi program di televisyen dan sering mendapat liputan di akhbar.

Walaupun tempat ini dah terkenal namun harga Chalet yang ditawarkan hanya bermula dari RM100. Murah kan korang. Antara aktiviti menarik boleh dilakukan seperti:

  • Menaiki bot menyusur Sungai Merbok.
  • Memancing ikan.
  • Jungle tracking Hutan Paya Bakau.
  • Memerhati berbagai spesis burung.
  • Island hopping.

Lokasi / Alamat:

Chalet Terapung PPK Merbok

Kuala Segantang Garam,

08400 Merbok,

Kedah

10. Pendang Lake Resort

A bridge over a body of water

Description automatically generated
A house with trees in the background

Description automatically generated

Kita semua sedia maklum, negeri Kedah mempunyai sawah padi yang luas. Semasa musim penanaman padi, pengunjung akan dapat melihat keindahan sawah yang menghijau seluas mata memandang. Apabila tiba musim menuai pula, padi menguning bagaikan hamparan emas. 

Pemandangan cantik ini pasti memikat hati pelancong terutama mereka yang pertama kali berkunjung ke Kedah. Semua ini boleh korang nikmati apabila bercuti di Pendang Lake Resort.

Pendang Lake Resort merupakan satu-satunya resort yang ada di daerah Pendang buat masa ini. Walaupun mereka bukanlah resort 5 bintang yang menawarkan chalet penginapan mewah serta layanan istimewa tetapi ada beberapa tarikan tersendiri di sini yang tiada pada resort atau hotel mewah.

Disini terdapat sebuah tasik yang luas dan sangat cantik. Bagi korang yang gemar membeli-belah, Pasar Kemboja dibuka setiap hari Jumaat. Anda juga boleh melawat beberapa tempat menarik yang ada disekitar daerah Pendang.

Harga chalet yang ditawarkan di sini bermula dari RM100 sahaja dan pelbagai aktiviti disediakan di Pendang Lake Resort untuk korang semua seperti:

  • Kursus motivasi / seminar / mesyuarat / taklimat.
  • Aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK).
  • Aktiviti sukan air.
  • Aktiviti kembara.
  • Perkhemahan
  • Hari Keluarga Jabatan / Syarikat
  • Flying Fox / Abseiling

Lokasi / Alamat:

Pendang Lake Resort

06700 Pendang,

Kedah

Raja Lepak

Read Previous

Kemudahan parkir OKU diragut penunggang motosikal

Read Next

Kisah lagenda Naga Tasik Chini bakal ke Hollywood

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *