Demam EURO 2020 semakin kian dirasai apabila acara berprestij yang diadakan empat tahun sekali akan tiba pada pertengahan bulan Jun nanti.
Sebanyak 24 pasukan telah mengesahkan tiket ke temasya bola sepak terbesar negara-negara Eropah dan sudah pasti ia merupakan impian setiap pemain bola sepak profesional untuk berada di pentas dunia mewakili negara mereka.
Hamka yakin pastinya setiap orang menanam impian untuk menyaksikan sukan berprestij itu secara langsung di stadium terutamanya perlawanan akhir dan melihat sendiri pemain kegemaran korang bermain bola.
Perkara itu pastinya tidak mustahil akan menjadi kenyataan apabila anda berpeluang untuk memenangi tiket ke Final EURO 2020 dengan menyertai Peraduan ‘ Spend & Win ’ bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2020.
Caranya sungguh mudah:
Langkah 1 : Lakukan pembelian produk dengan menggunakan kad Starbucks atau aplikasi mobile bernilai RM25 dalam satu resit di mana-mana cawangan Starbucks di seluruh Malaysia.
Langkah 2 : Korang scan QR Code yang telah diberikan selepas melakukan pembelian dan perlu menjawab satu soalan beserta slogan yang disediakan.
Langkah 3 : Lepas tu, korang lampirkan sekali dengan resit pembelian dan hantar.
Pemenang yang dipilih akan memenangi dua tiket percutian ke London 5 hari, 4 malam tajaan sepenuhnya untuk menonton perlawanan akhir EURO 2020 dan juga memenangi hadiah lain bernilai RM95,000.
Bukan itu sahaja tau, Starbucks juga akan memilih lapan orang untuk memenangi jersi EURO 2020 yang telah ditandatangani oleh pemain bola sepak serta seorang pemenang akan menikmati minuman percuma daripada Starbucks selama 20 bulan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Peraduan ‘ Spend & Win ’ jangan lupa untuk melayari laman web di www.starbucks.com.my/starbucksxme.