Nak makan makanan yang sedap tak semestinya korang kena pergi ke restoran-restoran mewah, café-café hipster atau hotel bertaraf lima bintang.
Kat tepi jalan pun korang boleh dapat makanan yang sedap dan harga yang jauh lebih murah! Contoh kalau kat Malaysia ni makanan tepi jalan macam rojak, pisang goreng, cendol dan lain-lain yang korang selalu beli.
Abam memang suka dengan makanan ‘street food’ ni sebab dah lar murah, sedap pulak tu. Tapi sebelum beli abam akan pastikan makanan tu disediakan dalam keadaan yang bersih. Nanti takde laa sakit perut macam kawan abam kena haritu. Sampai cirit-birit dia sebab makan makanan tepi jalan yang tercemar.
So bercakap pasal street food ni, kat sini abam nak senaraikan 10 makanan tepi jalan yang best di seluruh dunia. Jom travel!
- Gyeran-ppang
Gyeran-ppang ni merupakan jajanan popular kat Korea Selatan. Makanan ni berupa roti yang berbentuk lonjong dan bahagian atasnya ada telur dan ditabur dengan kekacang. Katanya Gyeran-ppang ni mempunyai rasa yang manis dan rotinya pula rangup.
- Falafel
Falafel ni merupakan makanan popular kat Mesir. Makanan ni diperbuat daripada kacang tanah atau juga dikenali sebagai kacang fava. Falafel ni akan dimakan bersama sos hummus, yogurt atau sos tahini. Marbeles!
- Currywurst
Kalau korang travel ke Jerman, jangan lupa try currywurst. Currywurst ni terdiri daripada roti yang dikukus atau digoreng dan dipotong-potong. Makanan ni dimakan bersama dengan sos kari istimewa dan disajikan bersama kentang.
- Pyrizhky
Merupakan makanan street food khas dan popular di Ukraine. Pyrizhky merupakan sejenis kuih seperti karipap manakala isinya ialah daging, kentang, keju dan sayur-sayuran. Sedapnyer!
- Egg waffle
Waffle macam ni abam pernah nampak ada jual kat Malaysia. Tapi isi dalam dia tidak laa semeriah macam egg waffle yang dijual kat Hong Kong ni. Egg waffle ni diisi dengan buah-buahan, sos coklat, biskut, gula-gila atau ais krim. Meriah!
- Crepes
Crepes ni merupakan makanan tepi jalan popular dekat Perancis. Makanan ni biasanya dimakan sebagai sarapan atau dijadikan pemanis mulut. Isi dalam crepes ni ialah coklat, strawberi atau krim. Ada juga crepes yang diisi dengan daging ayam, keju atau telur.
- Banh mi
Banh mi merupakan makanan tepi jalan popular kat Vietnam. Makanan ni merupakan roti -baguette yang disumbat dengan bermacam-macam isi seperti sosej, timur, acar dan daging. Macam burger Ramly jer kot?
- Chimney cake
Chimney cake ni merupakan makanan ringan popular dekat negara Romania dan juga Hungary. Selain chimney cake, makanan ni juga dipanggil kurtoskalacs. Chimney diperbuat daripada adunan roti manis yang digulung dan disaluti dengan gula pasir. Permukaan chimney cake biasanya diberi rasa tambahan seperti kacang tanah, serbuk kulit kayu manis atau rice chocolate.
- Bubble tea
Minuman yang pernah menjadi viral di Malaysia ni adalah berasal dari Taiwan sebenarnya guys, Bubble tea biasanya diperbuat daripada the yang dicampur dengan susu, dan kemudiannya diberi topping berupa bebola tapioca (ubi kayu) yang kenyal. Kalau versi kat sini dia siap letak gula Melaka bagi menambahkan lagi kenikmatan rasa manis.
- Karelian pasty
Karelian pasty ni merupakan makanan khas dari negara Finland dan juga boleh ditemui di Estonia dan Rusia. Karelian pasty diperbuat daripada tepung gandum yang diisi dengan beras dan dicampur dengan telur rebus hancur serta mentega. Nampak menyelerakan.
So guys, daripada 10 makanan street food paling sedap tu, yang mana satu korang pernah try? Semua Nampak sedapkan?