Hantu Pontianak Cina Jiangshi

Puntianak atau Pontianak lazimnya terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia dan juga di Indonesia. Korang pernah ke tengok puntianak real depan mata? Kalau korang nak tahu, hantu puntianak ni bukan jer wujud dalam kalangan orang Melayu, tetapi orang Cina juga percaya dengan kewujudan hantu tersebut.

Dalam masyarakat Cina, diaorang percaya dengan kewujudan puntianak yang dipanggil Jiangshi. Karakter hantu Jiangshi ni, dia memiliki rambut yang Panjang mencecah pinggang dan ditocangkan ke belakang, wajahnya pula pucat manakala kukunya pula Panjang, tajam dan berwarna kehitaman.

Mesti korang pernah tengok watak hantu Cina n ikat dalam filem. Biasanya Jiangsha ni akan mengejar mangsanya dengan cara meluruskan tangannya ke hadapan dan melompat seperti hantu pocong.

Hantu Jiangsha ni akan berpakaian seperti seorang sida-sida. Nama pakaian tradisional ni dipanggil Changshan dan memakai perhiasan kepala berupa topi.

Berdasarkan mitos, Jiangshi ni ialah orang yang telah meninggal dunia, tetapi dia tak melalui upacara pengebumian yang sempurna.

Ada juga orang cakap, Jiangshi ni ialah hantu yang dihidupkan semula melalui satu upacara keagamaan yang dipanggil Xiangxi Ganashi untuk membolehkan mayat tu cari jalan pulang ke tanah perkuburan.

Cara tu merupakan kaedah kuno yang dibuat jika ada saudara-mara meninggal dunia kat tempat yang jauh daripada pangkuan ahli keluarga.

Sebab nak bawa pulang mayat memerlukan kos yang besar, so sebab tak mampu, diaorang akan mengupah sami yang mengamalkan ajaran Tao untuk menghidupakan semula mayat tersebut. Pun begitu, Jiangshi ni hanya akan dilepaskan untuk mencari jalan pulang pada waktu malam.

Masa Jiangshi ni dilepaskan, loceng akan dibunyikan sebagai amaran kepada orang ramai untuk bersembunyi di dalam rumah. Kalau sesiapa yang bertembung atau bertentangan mata dengan Jiangshi ni, orang tersebut akan mendapat nasib malang.

Upacara Xiangxi Ganshi yang bermaksud ‘membawa pulang mayat’ dibuat supaya roh si mati dapat disemadikan di tempat asalnya dan tidak berasa rindu dengan kampung halaman.

Korang nak tahu tak kenapa Jiangshi ni bergerak dengan cara melompat? Mengikut kepercayaan, ekoran tidak dapat menggerakkan sendi yang telah keras, maka Jiangshi terpaksa melompat untuk bergerak. 

Dikatakan bahawa, hantu ni juga boleh menyerap tenaga kehidupan yang dipanggil ‘qi’ daripada orang yang masih hidup.

Tidak seperti puntianak, Jiangshi tidak menghisap darah atau memerlukan darah untuk hidup selama-lamanya.

Tapi ada juga versi cerita yang mengatakan Jiangshi ni suka menghisap darah manusia. Sama seperti kebanyakan hantu-hantu yang lain, Jiangshi ni juga suka bersembunyi di dalam tempat yang gelap seperti di dalam keranda dan gua pada waktu siang dan keluar mencari mangsa pada waktu malam.

Sesiapa sahaja yang menjadi mangsa Jiangshi, orang itu juga akan berubah menjadi hantu yang sama selepas mati kerana lehernya digigit oleh hantu tersebut. Perghh! Dah macam vampire pulekkk.

Berdasarkan kepercayaan orang Cina, hantu Jiangshi ni sangat takut dengan sekeping kertas azimat yang telah dibacakan jampi. Kalau kertas azimat tersebut dilekatkan pada dahi hantu tersebut, dia akan patuh pada arahan sami dan tidak akan mengganas.

Selain itu, Jiangshi juga takut pada cermin sebab dia akan nampak wajahnya sendiri yang menakutkan selain takut juga pada kokokan ayam jantan dan juga kapak.

Haaa, so itulah serba sedikit tentang hantu puntianak Cina yang dipanggil Jiangshi ni. Kalau orang Melayu popular dengan puntianak, Mat Salleh pula popular dengan drakula manakala orang Cina pun ada hantu dan kepercayaan mereka sendiri.

Raja Lepak

Read Previous

Nak kerja gaji besar tak? Ni ada a few opsyen

Read Next

Wajib try! Nasi Lemak Tersedap Kat KL dan Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *