Buat kek pakai Indomie? Nampak sedap!


Siapa yang tak kenal dengan Indomie, iaitu jenama mi segera yang berasal dari Indonesia. Guys, kalau korang nak tahu, kat Indonesia sekarang tengah viral pasal kek yang diperbuat daripada Indomie. Kedengaran agak menarik. Min pun teruja nak tahu apabila mi segera digubah menjadi sebiji kek yang indah. Tak kisah laa sama ada kek perkahwinan tau pun kek hari jadi.

Korang bayangkan, biasanya kalau korang nak makan mi segera, korang akan masak sama ada berkuah  atau digoreng. So macam mana bentuk mi segera ni kalau digubah menjadi sebiji kek yer? Sebelum ni guys, pernah viral mi Indomie dibuat kuih donat di Australia dan telah mendapat perhatian ramai sehingga viral.

Untuk dibuat sebiji kek, korang bayangkan rasa mi segera yang sinonim dengan rasa pedas dan berempah, tiba-tiba bentuknya sama seperti kek perkahwinan biasanya yang dihias cantik.

So, atas dasar ingin mencipta kelainan, sebuah kedai kek iaitu Tot Aw di Jakarta telah bertindak berani dengan menghasilkan kek perkahwinan yang diperbuat daripada mi segera, Indomie. Wow kreatif..!!

Menurut pemilik kedai kek tersebut, idea untuk menghasilkan kek unik yang diperbuat daripada Indomie tercetus selepas mendapat inspirasi daripada kenangan pada waktu kecil. Menurut pemiliknya, dia masih ingat sewaktu kecil, ibunya selalu membuatkannya bekal ke sekolah berupa mi goreng yang diisi pada di dalam bekas.

Apabila hendak makan, mi tersebut telah terbentuk mengikut bekas makanannya dan ia kelihatan seperti sebiji kek.

Kek mi segera yang dibuat pula memerlukan antara 14 hingga 17 bungkus Indomie untuk sebiji kek dua tingkat. Memang puas kalau makan!

Kat sini min share sikit gambar-gambar kek Indomie yang dihiasi dengan lauk-pauk yang enak.




Walapun kelihatan agak pelik, tapi min puji keberanian yang dibuat oleh pemilik kedai kek ni kerana sanggup mengambil risiko. Min percaya rasanya pun mesti sedap! Ok jom ke Jakarta!

Raja Lepak

Read Previous

Gurau tak bertempat. 5 prank berakhir dengan kematian

Read Next

Nak ke balik kampung kalau kampung tu berhantu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *