Story yang min nak kongsi ni mungkin akan membuatkan pembaca terganggu sikit. Siapa yang tak takut dengan mayat? Yer mungkin ada yang tak takut macam staf hospital kat bilik mayat, penggali kubur atau tukang urus mayat.
Normally guys, orang yang dah mati ni ada dua jer cara penyempurnaan dia. Sama ada ditanam atau pun dibakar.
Tapi, tidak bagi masyarakat di Tibet. Setiap masyarakat di dunia ni memiliki ritual pemakaman yang berbeza-beza dan tersendiri. Pemakaman atau pengebumian yang dibuat tu dah tentu jadi salah satu momen paling menyedihkan buat ahli keluarga si mati.
Yer laa, mana tak sedih bila insan yang kita sayang pergi buat selama-lamanya. Ada sesetengah masyarakat akan membakar mayat sebab mereka percaya, dengan cara tersebut akan membuatkan roh si mati akan diterima.
Tapi kalau kat Tibet guys, orang yang telah meninggal dunia tidak akan ditanam ataupun dibakar. Sebaliknya mayat tersebut akan dibiarkan untuk dimakan oleh burung pemakan bangkai.
Majoriti penduduk di Tibet adalah beragama Buddha dan mereka percaya bahawa setelah seseorang itu meninggal dunia, orang yang telah mati itu dipercayai boleh hidup semula pada kelahiran yang akan datang.
Nak dijadikan cerita, orang Tibet ni percaya bahawa, burung pemakan bangkai ni daripada spesies helang botak ni sebenarnya memberi makna penari langit. Dalam erti kata lain , orang-orang Tibet percaya bahawa burung tersebut terdiri dalam kalangan malaikat.
Burung pemakan bangkai yang datang berkerumun untuk memakan mayat adalah malaikat yang datang untuk menjemput roh orang yang telah meninggal dunia.
Oleh sebab masyarakat Tibet ni percaya bahawa roh orang yang telah mati akan diangkat ke langit, maka penduduk tempatan menamakan ritual tersebut dengan sebutan ‘jhator’ atau pemakaman di langit.
Selain tu, alasan lain yang diberikan oleh masyarakat Tibet ialah, Kawasan kat sana adalah Kawasan berbatu, so susah untuk mereka mencari Kawasan yang ada tanah untuk melakukan pengebumian.
Apabila ada orang meninggal dunia, mayat mereka akan dibungkus terlebih dahulu dengan kain putih dan diletakkan di sudut rumah selama tiga hingga lima hari.
Selepas tu, ahli agama yang dipanggil Bhikkhu atau Lama akan membaca kitab suci dengan kuat sehingga jiwa-jiwa orang yang telah meninggal dunia tadi dapat dibebaskan daripada api penyucian.
Bila dah selesai upacara membaca doa, mayat akan dibawa ke puncak bukit atau gunung untuk melakukan proses pemotongan mayat.
Sebelum tu ahli keluarga perlu menanggalkan pakaian yang dipakai oleh si mati dan membongkokkan sedikit tubuhnya sehingga kepala mayat tersebut mencecah lutut. Posisi mayat tu akan dibuat sama seperti keadaan janin di dalam perut.
Bahagian pertama yang akan dipotong bermula pada bahagian punggung sampai ke bahagian tubuh yang lain.
Orang kat sana percaya bahawa semua anggota tubuh si mati perlu dimakan burung pemakan bangkai supaya rohnya sampai ke syurga.
Semasa proses ini berjalan, anggota keluarga si mati perlu menghentikan segala aktiviti untuk memberi penghormatan kepada keluarga mereka yang telah meninggal dunia. Benda ni akan membuatkan jiwa si mati berasa tenang untuk sampai ke syurga.
Sebelum tu, ahli keluarga si mati perlu memilih hari yang dianggap bertuah untuk melakukan proses pemakaman langit ni.
Tapi tak semua orang Tibet akan melalui proses pemakaman langit macam ni. Antara golongan yang tidak dibuat ritual ni adalah mayat kanak-kanak dibawah umur 18 tahun, wanita yang hamil dan orang yang meninggal dunia kerana penyakit berjangkit atau kemalangan.
Semasa mayat-mayat tu dimakan burung, orang luar tidak boleh datang untuk mengambil gambar kerana tindakan tu akan mengganggu roh si mati untuk naik ke syurga.
Kat bawah ni min ada kongsikan video tentang upacara pemakaman masyarakat Tibet yang dirakamkan oleh produksi National Geographic.
So guys, itulah antara sedikit-sebanyak ritual jhator yang dilakukan oleh masyarakat di Tibet. Itu adalah amalan dan kepercayaan mereka, so kita perlu saling hormat-menghormati yer.