Halu guys. Indonesia memang terkenal dengan keberagaman budaya dan adat resam yang sangat kuat. Bahkan sampai hari ni, masyarakat di Indonesia sangat memegang teguh kepercayaan yang mereka anuti mengikut suku kaum masing-masing.
Hari ni, min nak kupas salah satu upacara yang menjadi amalan tradisi oleh masyarakat Aceh di Indonesia. Kalau korang nak tahu, masyarakat Aceh di sana ada merayakan satu majlis yang dipanggil Kenduri Apam.
Selain Kenduri Apam, majlis tersebut turut dikenali sebagai kenduri serabai. Kenduri Apam ini akan disambut oleh masyarakat Aceh menjelang bulan ketujuh dalam kalendar Hijrah.
Lazimnya, masyarakat Aceh menamakan bulan ketujuh sebagai buleun apam yang merupakan gelaran bulan dalam ‘Almanak Aceh’ dan bersamaan dengan bulan Rejab.
Dalam masyarakat Aceh, buleun bermaksud bulan, manakala apam pula merupai sejenis makanan seakan serabai.
Pada waktu tu, seluruh masyarakat Aceh akan menyambut Kenduri Apam terutama dibeberapa buah kawasan seperti Pidei, Aceh Utara, Aceh Besar dan beberapa buah daerah lain.
Kalau korang nak tahu, ritual Kenduri Apam ni diambil daripada kisah yang terjadi terhadap seorang ahli sudi miskin dari Tanah Suci Mekah, bernama Abdullah Rejab.
Disebabkan kisah kemiskinan lelaki itu tersebar di seluruh kampung, penduduk di situ sepakat untuk mengadakan kenduri doa selamat di rumah masing-masing.
Masa kenduri tu, masing-masing sepakat untuk memasak apam untuk disedekahkan kepada orang lain. Lama kelamaan, kenduri tersebut terus menjadi amalan sehingga ke hari ini dan disambut pada setiap bulan ketujuh.
Bukan tu saja, Kenduri Apam ini juga diadakan jika berlakunya kematian di dalam kampung tersebut. Jika ada kematian dan selepas jenazah dikebumikan, orang ramai yang menziarahi ke tanah perkuburan akan dijamu dengan apam. Tapi kalau kat kubur, apam tersebut hanya dimakan bersama kelapa parut tanpa kuah.
Tapi, walaupun kenduri tersebut dibuat berdasarkan kisah seorang ahli sufi, terdapat beberapa pendapat masyarakat Aceh menyangkal dakwaan tersebut.
Menurut pendapat lain, Kenduri Apam pada dasarnya ditujukan kepada kaum lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat selama tiga minggu berturut-turut.
Sebagai denda, setiap lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat perlu membuat kuih apam sebanyak 100 biji dan peril dihantar ke masjid berdekatan kediaman mereka untuk dijamu kepada Jemaah sebagai sedekah.
So secara tidak langsung, lelaki yang ponteng solat Jumaat tu akan mendapat malu sebab semua orang kat situ tahu bahawa kuih apam tu merupakan simbolik kepada mereka yang tidak pergi menunaikan solat Jumaat.
So korang kaum Adam sekalian, apa katamu? Hahaha.Itulah serba sedikit kisah Kenduri Apam yang min nak ceritakan. Kalau korang ada apa-apa idea untuk min tulis, korang jangan segan silu bagitahu ok. Babai!