Korang dah baca 10 kematian tak disangka seluruh dunia (siri 1)? Kat bawah ni merupakan kesinambungan kisah untuk siri 2.
- Meninggal sewaktu perbicaraan Hitler
Pada tahun 1943, Alexander Woollcott yang merupakan seorang pengkritik nazisme dan fasisme meninggal dunia kerana mengalami serangan jantung ketika membahaskan tentang kekejaman Adolf Hitler semasa zaman pemerintahannya.
- Meninggal di atas pentas konsert
Leslie Harvey yang merupakan seorang gitaris kumpulan Stone the Crows, meninggal dunia pada tahun 1972 akibat terkena renjatan elektrik daripada mikrofon yang digunakan olehnya semasa konsert. Aliran arus elektrik yang tinggi telah menyebabkan kematian beliau serta merta di atas pentas.
- Meninggal ketika siaran televisyen
Christine Chubbuck (1944-1974) merupakan seorang wartawan televisyen yang meninggal dunia ketika sedang bersiaran langsung. Dia membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri semasa siaran Suncoast Digest (WXLT-TV) pada tanggal 15 Julai 1974 dengan menggunakan sepucuk Revolver 38 mm. Chubbuck dipercayai mengalami masalah depresi yang teruk sebelum bertindak membunuh diri.
- Meninggal kerana dibunuh oleh robot
Robert Williams sedang berusaha mengambil satu barang di atas rak penyimpanan Ford Motor’s Flat Rock kerana robot yang sedang digunakan tidak berfungsi. Namun secara tiba-tiba robot tersebut bergerak dan lengan robot itu terkena kepala Williams. Dia kemudiannya meninggal dunia pada 25 Januari 1979.
- Meninggal kerana terpenggal oleh kipas helicopter
Victor Morrow (1929-1982) dan dua orang pelakon kanak-kanak meninggal dunia kerana terpenggal oleh kipas helikopter ketika sedang berlakon untuk filem Twilight Zone, pada tahun 1982. Kes tragis ini memaksa kerajaan Amerika Syarikat meminda undang-undang perlindungan tenaga kerja kanak-kanak dan peraturan keamanan serta jaminan keselamatan di lokasi penggambaran filem.
- Meninggal kerana kaktus
Kisah ini juga berlaku pada tahun 1982, David Grundman dan seorang sahabatnya sedang mencari kaktus. Mereka kemudian menemui sebuah kaktus yang besar daripada spesies Saguaro dan berketinggian mencecah hampir 8 meter. Dia bagaimanapun mati akibat dihempap kaktus itu yang tumbang selepas menembaknya dengan sepucuk pistol.
- Meninggal kerana penutup botol
Seorang penulis drama Amerika Syarikat bernama Tennessee Williams (1911-1983), meninggal dunia ketika dia mabuk di sebuah hotel di New York akibat tercekik penutup botol yang tertelan olehnya. Perkara ini dipercayai berlaku kerana dia meletakkan penutup botol tersebut di dalam mulut semasa sedang mabuk.
- Meninggal ketika melawak
Dick Shawn (1924-1987) merupakan salah seorang pelakon dan pelawak yang meninggal dunia di atas pentas. Ketika kejadian dia sedang melawak tentang kempen politik di Amerika Syarikat. Setelah mengatakan “I will not lay down on the job!” (Saya tidak akan meletakkan jawatan!), dia secara tiba-tiba terbaring di atas lantai.
Para penonton menganggap itu adalah sebahagian daripada lawak jenakanya. Tetapi selepas beberapa minit tidak bangun, beberapa petugas pentas terus memeriksanya dan melakukan bantuan kecemasan. Dikatakan bahawa dia diserang sakit jantung dan meninggal dunia.
- Meninggal kerana tahi lembu
Pada tahun 1991, seorang wanita warga Thailand berusia 57 tahun bernama Yooket Paen, terpijak tahi lembu ketika sedang berjalan di sekitar kebunnya. Selepas itu dia terpegang sebuah kabel yang tidak dibaluti oleh penebat elektrik dan terkena renjatan elektrik sehingga meninggal dunia. Setelah dikebumikan, adik Paen datang ke kebun tersebut. Malang sekali dia turut terpijak tahi lembu yang sama lalu terpegang kabel yang sama, terkena renjatan elektrik dan juga meninggal dunia dengan cara yang sama.
- Meninggal kerana kambing
Pada tahun 1999, Betty Stobbs sedang memberi makan kepada kambing-kambingnya sambal menaiki motosikal. Makanan untuk kambing-kambing tersebut terletak di belakang motosikalnya. Kambing-kambing yang kelaparan telah menyerbu makanan di belakang motosikal tersebut, sehinggakan Stobbs tercampak ke dalam gaung sedalam 30 meter dan meninggal dunia.
- Meninggal kerana rak buku
Mariesa Weber yang berumur 38 tahun dipercayai hilang pada November 2006. Namun akhirnya dia ditemui berada di bawah timbunan rak buku yang jatuh dalam keadaan sudah meninggal dunia. Kemungkinan dia sedang berusaha memasang kabel televisyen yang hanya dapat dicapai dengan berdiri di atas meja tulis di sebelah rak buku.
- Meninggal kerana permainan online
Pada tahun 2005, seorang lelaki bernama Lee dari Korea Selatan yang berusia 28 tahun, meninggal dunia setelah 50 jam bermain permainan atas talian (game online) Starcraft tanpa henti di sebuah cyber cafe di Daegu. Dia dipercayai meninggal akibat keletihan melampau dan dehidrasi.
Berikut adalah beberapa kisah kematian tidak disangka yang berlaku di seluruh dunia. Min harap agar korang semua berhati-hati ok sebab sebarang kemungkinan boleh terjadi.
Kalau korang belum baca part 1, boleh klik sini: https://rajalepak.com/2020/02/10-kematian-tak-disangka-seluruh-dunia-siri-1/