Berhenti cakap 12 Nasihat Yang Dibenci penghidap kemurungan

C:\Users\Dell\Desktop\aina.jpg

Korang tengok tak persembahan penyanyi Aina Abdul waktu Anugerah Juara Lagu ke-34 Ahad lalu? Kerana konsep persembahan yang dibawakan pada malam itu, Aina telah dikecam hebat oleh segelintir pihak kerana dituduh cuba mempromosikan bunuh diri. Biar betul? 

Mungkin pendapat setiap pihak berbeza-beza. Bagi min sebagai seorang pencinta seni, min melihat persembahan yang dibawa Aina pada malam tu adalah dalam bentuk luahan hati yang penuh rasa kesal.

Mungkin elemen darah yang dibawa Aina dilihat agak berlebihan sehingga dikuatiri boleh memberi kesan pengaruh pada ‘seseorang’ yang mungkin sedang bergelumang dengan situasi sama.

Bahkah, kenyataan oleh Public Health Malaysia turut mengecam tindakan penyanyi itu kerana membawakan suatu konsep yang memudaratkan diri keterlaluan dan melanggar peraturan.

Jadi min tertanya-tanya bagaimana perasaan seseorang yang berisiko untuk membunuh diri seperti kemurungan berfikir apabila melihat persembahan tu. Sebagai individu sihat, apakah perkara yang sebaiknya kita elakkan daripada segi nasihat kepada penghidap kemurungan? Kat sini min nak kongsikan beberapa perkara ‘NASIHAT YANG DIBENCI’ penghidap kemurungan.

  • “Anda perlu bebaskan diri daripada kemurungan

Nasihat macam ni sebenarnya menyebabkan penghidap kemurungan menjadi lagi murung! Bila benda macam ni jadi, korang akan dapat lihat mereka akan mula mengasingkan diri, putus harapan, hilang selera makan dan susah tidur. 

C:\Users\Dell\Desktop\2eee091cd5e39cd1afb75860a25fb682.jpg
  •  “Orang lain jauh lebih teruk”

   Nasihat macam ni sebenarnya tidak membantu langsung penghidap kemurungan selesaikan masalah diaorang. Mereka yang murung sebenarnya hanya perlukan korang untuk ada kat sisi dia dan memberi sokongan. Korang tak perlu nak berkata apa-apa jika ia tidak membantu mereka. Paling kurang korang bagitahu yang korang akan sentiasa ada kat sisi dia untuk menyokong.

  •  “Kehidupan adalah sukar”

Jika korang berkata seperti ini, mungkin korang akan mengeruhkan lagi perasaan penghidap kemurungan. Sebaliknya korang boleh membantu dengan menunjukkan perasaan empati dan bersedia untuk membantu dia menghadapinya.

  •  “Anda perlu membiasakan diri dengannya”

Jangan! jangan! jangan! berkata sedemikian. Ayat sebegini akan menguatkan lagi rasa pengasingan yang dialami penghidap kemurungan. Cara terbaik, korang boleh menghantar teks atau menghubungi mereka supaya dia sedar ada someone yang ambil berat tentangnya.

C:\Users\Dell\Desktop\100622789.jpg
  • “Anda terlalu sensitif”

Ayat macam ni sebenarnya akan memperkecilkan penghidap kemurungan kerana diaorang akan berasa seperti orang yang tak berguna. Cara terbaik adalah cuba alihkan fikiran negarif kepada sesuatu yang bermanfaat.

  •  “Hidup perlu diteruskan”

Pernah dengar pepatah seperti mencurah air di daun keladi? Maksudnya perbuatan sia-sia. Ayat macam ni menunjukkan yang korang sebenarnya tidak prihatin terhadap masalah penghidap kemurungan.

C:\Users\Dell\Desktop\874623-suicidethinkstockphotos.jpg
  •  “Keluar dan berseronoklah”

Guys, nasihat mencadangkan aktiviti yang seronok sebenarnya tidak membantu. Tetapi jika korang bersedia untuk teman mereka yang murung dan galakkan mereka mencubanya perlahan-lahan, tu tak mengapa.

  •  “Sakit-sakit adalah perkara yang normal”

Jangan sesekali memperlekehkan aduan pesakit kemurungan. Pesakit kemurungan biasanya akan mengalami sakit-sakit fizikal. Sebaiknya korang galakkan mereka untuk mendapatkan rawatan.

  •  “Terlalu banyak perkara yang anda telah terima dan perlu bersyukur dengannya”

Penghidap kemurungan sebenarnya dah tak fikir tentang kesyukuran dan terhutang budi sebab mereka dah letih dan hilang minat. Tapi korang boleh mengingatkan mereka bahawa kemurungan tidak semestinya kekal buat selamanya dan bagitahu bahawa ada rawatan yang boleh membantu mereka.

C:\Users\Dell\Desktop\happy.jpg
  •  “Bergembiralah!” 

Menasihati penghidap kemurungan untuk bergembira sebenarnya bagi kesan yang bertentangan. Penghidap kemurungan mungkin akan salah faham dan anggap keadaan mereka sangat teruk. So mereka akan lebih cenderung untuk menangis dan rasa sedih.

  •  “Anda seorang yang kuat dan semua akan menjadi baik-baik saja”

   Penghidap kemurungan selalunya merasakan bahawa hidup mereka tidak bermakna apa-apa. So korang perlu menjadi pendengar yang baik dan cuba tenangkan mereka sebaik mungkin. 

  • “Anda perlu hubungi saya” 

Kalau korang adalah teman yang memahami, korang perlu menjadi yang yang mudah dihubungi oleh mereka yang menghidap kemurungan. Tunjukkan pada mereka yang korang sangat mengambil berat tentang dirinya.

Raja Lepak

Read Previous

SERAM!! Lokasi ini paling berhantu di Bangkok

Read Next

Beruk pandu bas? Pemandu bas digantung kerja kerana tindakan bodoh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *