Kredit foto: MBN
Nasi lemak dengan selera masyarakat di Malaysia memang berpisah tiada., Bahkan menu yang sinonim dengan sarapan pagi itu juga amat digemari oleh orang luar.
Rata-rata tidak dapat menafikan keenakan nasi lemak yang mempunyai rasa dan aromanya yang tersendiri.
Mesti masih yang ingat sekitar tahun 2018 lalu viral tentang nasi lemak ayam crispy. Manakan tidak, seorang peserta MasterChef UK yang berasal dari Malaysia Zaleha Kadir Olpin terpaksa akur apabila terkeluar daripada pertandingan tersebut gara-gara rendang ayam yang dihidangkan bersama nasi lemak dikritik oleh juri pertandingan tersebut.
Semuanya gara-gara selepas para juri berpendapat bahawa ayam rendang yang dimasak seharusnya mempunyai tekstur yang rangup. Kerana kritikan ‘bijak’ itu, netizen bukan sahaja daripada Malaysia bahkan dari Indonesia, Brunei dan Singapura bergabung menghentam semula juri terbabit iaitu, John Torode dan Gregg Wallace.
Kita lupakan kisah yang berlaku kira-kira 2 tahun lalu itu. Baru-baru ini, seorang chef dari Malaysia telah Berjaya mengharumkan nama negara apabila meraih pingat emas dalam satu pertandingan masakan yang berlangsung di Dublin, Ireland.
Siapakah chef tersebut? Pemilik empunya nama, Siti Safura Mohd Tawil Berjaya melakar kenangan manis apabila berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan kelas masakan Asia-India di pertandingan Kulinari Chef Ireland 2020 (Chef Ireland Culinary Competition) yang diadakan oleh para chef dari Ireland.
Kredit video: safuratawil
Sekali lagi, menu nasi lemak menjadi taruhan apabila Safura tidak teragak-agak untuk membawa makanan kegemaran ramai itu ke pentas antarabangsa.
Malah, Safura telah mengambil tindakan berani apabila mencipta resepi sendiri iaitu Nasi Lemak Bunga Telang dalam pertandingan tersebut. Kira nasi lemak tue ala-ala jadi macam nasi kerabu sebab berwarna ungu.
Sebagai rakyat Malaysia, min tumpang berbangga apabila orang luar mengiktiraf makanan kita sebagai antara yang terbaik.
Owhh…bulan lalu tular jugak kisah pasal nasi lemak apabila salah seorang wartawan dari UK, Katie Morley telah dihentam teruk oleh ‘bawangrians’ dari Malaysia gara-gara bermulut lancing mengkritik nasi lemak sebagai makanan yang teruk.
Semuanya gara-gara selepas dia dihidangkan dengan nasi lemak dalam versi yang tidak sedap semasa menaiki penerbangan dengan British Airways.
Tapi, akhirnya Morley mengakui bahawa nasi lemak merupakan hidangan yang lazat apabila dia menikmati nasi lemak dengan versi yang sepatutnya.
Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Safura atas kemenangan di Ireland..!!