Hai guys ok sebelum ini min dah share dengan korang story kebetulan yang pelik dan aneh. So lepas beberapa research, min ada jumpa beberapa lagi cerita yang nak dikongsikan dengan korang semua sayap Raja Lepak.
Sememangnya banyak kisah kebetulan yang pelik dan aneh ni tapi min ada jumpa beberapa yang unik untuk di kongsi dengan korang malah mungkin boleh jadi teladan dalam menjalani bahtera kehidupan. So min tak nak lah bebel panjang korang bac ani supaya boleh tambah pengetahuan.
1. Dua Orang Kembar Yang Terpisah Sejak Kecil Tetapi Mempunyai Jalan Hidup Yang Sama
Peristiwa kebetulan di luar logika seterusnya adalah yang menimpa dua orang kembar. James Lewis dan James Springer adalah saudara kembar yang terpisah sejak lahir. Mereka telah diambil sebagai anak angkat oleh dua keluarga yang berbeza.
Namun kebetulan aneh mereka alami tanpa disadari. Keduanya sama-sama diberi nama depan James oleh dua keluarga mereka yang berbeza. Keduanya yang membesar di kota yang sama dan bekerja sebagai polis serta menyukai ilmu seni mempertahankan diri.
Kebetulan lain adalah mereka berdua sama-sama mahir dalam fotografi dan mempunyai isteri dengan nama sama, iaitu Linda. Anak pertama mereka masing-masing diberi nama James Alan dan James Allan masing-masing mempunyai anjing yang diberi nama Toy. Sebelum akhirnya kedua kembar ini bertemu kembali 40 tahun berpisah, keduanya sama-sama telah bercerai dengan isteri mereka dan kedua-duanya turut menikahi wanita yang namanya sama iaitu Betty.
2. Kapal Yang Sama Menemui Botol Mesej Terapung Berusia Puluhan Tahun
Pada tahun 2006, seorang nelayan bernama Mark Anderson sedang bekerja menggunakan kapal “Copious” dan menemui sebuah surat dalam botol terapung di lautan. Setelah diteliti, surat ini telah terapung di lautan selama 92 tahun.
Penemuan aneh dan unik ini membuat nama lelaki ini tercatat dalam buku Guinness Book of Record. Hal itu menjadikan dirinya terkenal dan berubah menjadi agak sombong. Dia sering kali membanggakan pencapaiannya itu kepada teman-temannya sesama nelayan, termasuk kepada nelayan yang bernama Andrew Leaper.
Enam tahun kemudian, kapal Copious berpindah tangan kepada Leaper yang membelinya dari Anderson. Saat tengah melaut dengan kapal tersebut, kini giliran Leaper yang menemukan pesan dalam botol yang telah terapung dilauitan selama 98 tahun. Kini nama Leaper lah yang tercatat di Guinness Book of Record menggantikan Mark Anderson. Kebetulan yang sama dengan kapal yang sama itu tentunya sangat jarang berlaku.
3. Kemiripan Kisah Hidup Raja Italia Dengan Pemilik Restoran
Raja Umberto I dari Italia mengunjungi sebuah restoran kecil bersama seorang jeneral kepercayaannya. Saat itu sang raja memerintahkan pemilik restoran untuk melayaninya.
Dan alangkah terkejutnya si raja bersama para pengunjung lain restoran ketika melihat pemilik restoran. Wajahnya sangat mirip dengan Raja Umberto I. Setelah keduanya berbincang-bincang, kebetulan demi kebetulan pun terjadi, keduanya ternyata lahir pada tarikh yang sama di kota yang sama, dan sama-sama memiliki isteri bernama Margarita.
Karena persamaan itu keduanya menjadi sahabat baik. Saat pemilik restoran ditembak mati perompak, Raja Umberto I berniat untuk datang memberikan penghormatan terakhir.
Sesaat setelah memasuki restoran, Raja Umberto I ditembak mati oleh lawan politiknya sehingga baik sang raja maupun pemilik restoran keduanya mati pada hari yang sama di tempat yang sama juga. Benar-betul kisah yang aneh.
So macam mana korang, agak pelik dan aneh kan kebetulan yang berlaku di dunia ni. Sememangnya dalam dunia ini apa-apa sahaja boleh berlaku dan tidak mustahil untuk kejadian aneh dan pelik seumpama ini. So guys kalau ada perkongsian menarik nak kongsi bolehlah masukkan kan ruangan komen mana tahu cadangan anda tub oleh min selitkan dalam perkongsian akan datang.