Lokasi tempat makan baru dan enak di Bandung

Image result for BANDUNG
Kredit: designcities.net

Restoran di Bandung adalah tempat yang pastinya menjadi lokasi kunjungan pelancong yang datang ke sana. Banyak tawaran kulinari yang anda akan temui apabila berada di Bandung. Di Bandung, terdapat banyak pilihan dari pemandangan gunung yang indah dan tarikan lain yang tidak kurang menarik.

Kali ini, min akan berkongsi dengan anda beberapa restoran di Bandung. Rasanya makanan-makanan di restoran Bandung memang sesuai untuk lidah kita warga nusantara ni kan.

Image result for BANDUNG Culinary
kredit: Bandung-Guide.net


Memang tak lengkaplah trip pergi Bandung kalau tak rasa kulinari yang enak dari daerah pelancongan popular di Indonesia ni. Bahkan jarang sekali pelancong asing tak pergi buat explorasi makanan di sini.

Daripada makanan tradisional ke menu barat. Tempat baru untuk makan di Bandung juga sangat sesuai untuk lidah orang Malaysia ni. Sudah pasti Kota Bandung memang merupakan syurga pelancongan kulinari di Indonesia.

Sudah tentu korang merasa lapar, mencari restoran yang baik untuk dimakan. Terdapat beberapa pilihan yang korang boleh membuat pilihan, selain murah dan membuat korang kenyang. Berikut adalah beberapa restoran terbaik di Bandung.

Maja House Bandung

Image result for Maja House Bandung
Related image
Kredit:TripAdvisor

Restoran ini menawarkan hidangan yang lazat, tidak perlu bertanya mengenai rasa, memang juara. Restoran ini memang di suggest untuk datang makan malam dan makan tengah hari.

Restoran ini juga turut menjamu mata setiap yang berkunjung, dengan keindahan alam Bandung yang sejuk dan cantik. Bukan sahaja menyediakan tempat untuk duduk makan. Tetapi terdapat tilam dan selimut untuk anda yang tidak tahan sejuk.

Dengan perkhidmatan terbaik restoran ini menawarkan menu yang superb seperti spaghetti dan steak. Restoran ini berada di lokasi yang sama di hotel Stevie G.

The Peak Resort Dining

Image result for The Peak Resort Dining
Image result for The Peak Resort Dining food
Kredit: Inclover Magazine


Keistimewaan restoran romantis ini, terletak di atas bukit-bukit Lembang. Panorama semulajadi yang indah untuk korang layan dengan pasangan tercinta, ditambah dengan sesuatu yang menarik ialah dinding restoran ini diperbuat daripada kaca.

Dan pada waktu senja, langit malam akan menjadikan kota bandung berhias dengan lampu-lampu berkilauan. Dengan cuaca yang sangat sejuk, korang memang memerlukan jaket yang hangat ketika melakukan perjalanan.

Mengenai makanan, restoran ini turut popular dengan hidangan daging lembu Kobe.

Maxi’s Resto

Related image
Kredit: Kotakami.com
Image result for Maxi's Resto food


Terletak dekat hotel Padma, restoran ini agak terkenal di Bandung. Mempunyai kawasan tertutup dengan taman yang sangat besar.

Tempat yang paling romantis digunakan untuk majlis perkahwinan dan pelbagai lagi. Makanan juga disajikan daripada masakan barat, terutama stik, kek dan pastri.

Restoran di Padma Hotel

Related image
Related image


Terletak di pusat bandar, dengan suasana yang tidak kurang hebat di kawasan Lembang. Nah setiap hari Jumaat restoran ini biasanya membuat acara Kampung Nelayan, boleh makan makanan laut yang enak-enak dan lazat.

Dan untuk malam Sabtu anda boleh makan rusuk tanpa had. Puaskan perut anda untuk mencuba. 

The Valley Bistro

Image result for The Valley Bistro
Related image



Siapa yang tidak tahu salah satu restoran ini, pastinya tidak asing bagi kamu. Ia berada di puncak bukit, kawasan dago atas.

Tempat ini sesuai untuk korang membawa pasangan belanja dia untuk makan malam, terdiri daripada tiga kawasan, luar, dalam dan balconi. Dengan pembuka selera seperti zupa-zupa dan diikuti dengan stik.

So korang ini baru sikit ada banyak lagi yang min nak share kalau bab bercuti kat Indonesia ni so kalau korang ada lokasi menarik lagi boleh lah share kat ruang komen.

Raja Lepak

Read Previous

Seram Sejuk Lawat Penjara Seram Philadelphia

Read Next

Hutan Seram Aokigahara, Jepun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *