Korang tahu tak sebenarnya ada beberapa makanan yang harganya sangat mahal hingga mampu mencecah nilai sebuah rumah? Ada sesetengah orang sanggup menghabiskan wang sebanyak itu untuk menikmati makanan mewah tersebut.
Berikut Hamka kongsikan 5 makanan paling mahal di dunia.
1. Truffle Putih
Truffle merupakan sejenis kulat yang tumbuh di bawah tanah dan mempunyai dua jenis warna iaitu hitam dan putih. Truffle putih ini mempunyai nilai yang tinggi berbanding hitam yang mencecah harga paling murah bernilai RM672,341 tau.
Ia mempunyai bau dan rasa yang kuat serta unik. Harganya sangat tinggi kerana kulat ini mengambil masa yang amat lama untuk tumbuh.
2. Almas Beluga Caviar
Kaviar adalah sejenis hidangan yang mengandungi telur ikan berawet garam. Kaviar paling mahal adalah Almas yang berasal dari Iran dan dibungkus dengan emas 24 karat yang bernilai RM117,362.
Kaviar ini dihasilkan daripada telur Albino Beluga Sturgeon yang hanya boleh ditemui di Laut Kaspia sahaja. Jadi, kalau masyuk cubalah korang try makan sebab tengok review memang sangat sedap.
3. Tembikai Yubari
Tembikai ini merupakan hasil kacukan dua jenis tembikai eksotik dari daerah Yubari, Jepun. Rasanya yang manis dan sempurna hingga digelar sebagai buah diraja.
Namun harganya bukan kaleng-kaleng gaiss sebab sebiji harganya kalau memang gred terbaik ianya boleh mencecah harga bernilai RM95,867.
4. Pizza Royale 007
Pizza ini dihasilkan daripada ramuan seperti ikan salmon Scotland, kaviar, udang, champagne dan daging rusa.
Yang menjadikan pizza ini mahal adalah lapisan atas bersaiz 12 inci dibuat daripada kepingan emas 24 karat yang boleh dimakan dan ianya ditawarkan dengan harga RM17,608.
5. Daging Wagyu
Yang ni Hamka rasa semua sedia maklum dengan harganya, kan sebab daging ni dah pun mula masuk ke negara kita. Rasa daging ini lebih lembut berbanding daging biasa.
Daging ini sebenarnya merupakan sajian golongan atasan di Jepun dan kelompok elit di seluruh dunia. Buat pengetahuan semua, daging ini kalau kualitinya sangat terbaik dan memilih gred yang bagus boleh mencecah harga sehingga RM11,739.
Sanggupkah anda mencuba makanan paling mahal ini? Tepuk dada tanya selera.
Artikel berkaitan:
Dilarang Merokok Dalam Pesawat Tetapi Mengapa Ada Tempat Abu Rokok?
10 Tips Kekal Langsing Sepanjang Bulan Ramadhan