Ini Resepi Rahsia ‘Swedish Meatballs IKEA’ Yang Enak Dimakan Ketika Berbuka Puasa

Menu wajib apabila berkunjung ke restoran IKEA adalah Swedish Meatballs. Rasa tidak lengkap jika berkunjung ke IKEA tapi tak cuba menikmati menu yang lazat dan menjadi trademark di restoran IKEA. Cawangan IKEA di UK telah berkongsi resepi rahsia Swedish Meatballs kegemaran ramai ini.

Anda hanya perlukan 6 langkah penyediaan untuk membuat Swedish Meatballs anda sendiri di rumah. Nampak mudah, bukan? Menerusi perkongsian tersebut, daging khinzir ada digunakan, bagi yang beragama Islam bolehlah tukarkan kepada daging lembu. Ayuh ikuti resepi yang dikongsikan di bawah ini.

‘Swedish meatball’ IKEA

Resepi ini boleh buat untuk 16 hingga 20 biji bebola daging. 

Bahan-bahan:

Resipi Sweedish Meatball IKEA Original

Cara-cara:

Campurkan bahan daging kisar dan gaul dgn sebati. Kemudian campurkan bawang merah, bawang putih, serbuk roti, telur dan gaul sebati lagi sekali. Selepas itu, letak susu dan perasakannya dengan garam dan serbuk lada hitam.

Resipi Sweedish Meatball IKEA Original

Bentukkan bulat adunan tadi menjadi bebola mengikut saiz yang dikehendaki. Kemudian, simpan dalam peti sejuk selama 2 jam.

Resipi Sweedish Meatball IKEA Original

Setelah itu, panaskan minyak dan buka api sederhana. Masak satu persatu bebola daging tadi sehingga keperangan.

Resipi Sweedish Meatball IKEA Original

Setelah masak keperangan, bakar bebola daging tadi di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah selama 30 minit.

Resipi Sweedish Meatball IKEA Original

Cara buat sos istimewa bebola daging IKEA:

Cairkan mentega, masukkan tepung gandum dan kacau selama dua minit. Tambah stok daging, stok sayur, krim, kicap dan dijon mustard dan kacau sehingga sos kelihatan pekat.

Resipi Sweedish Meatball IKEA Original

Setelah siap, boleh hidangkan bersama kentang putar, raspberry jam dan apa-apa jenis sayur rebus yang sesuai!

Resipi Sweedish Meatball IKEA Original

Jadi tunggu apa lagi? Jom cuba sekarang dan nikmatilah bersama keluarga anda ketika berbuka puasa hari ini.  Selamat mencuba ya!

Artikel berkaitan:
Sambal Hitam Juadah Sahur Ketika ‘Masa Kecemasan’
Hanya 3 Bahan Sahaja Untuk Buat Kek Cheese Gebu

Raja Lepak

Read Previous

Resepi Susu Kurma Yang Pasti Buat Anda Tidak Lapar Ketika Berpuasa

Read Next

Anda Rasa Nak Mengamuk! Jom Lepas Geram di The Rage Room

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *