Resepi Susu Kurma Yang Pasti Buat Anda Tidak Lapar Ketika Berpuasa

Setiap kali menjelang bulan Ramadhan, buah kurma antara hidangan berbuka puasa yang disunatkan untuk dijamah dahulu kerana kandungan tenaganya yang tinggi dapat mengembalikan paras gula rendah dalam darah kita kepada paras normal.

Susu pula mengandungi kandungan kalsium yang tinggi, menguatkan badan, serta membantu penyerapan vitamin dan mineral dengan lebih berkesan. Sebab itulah susu merupakan gabungan terbaik bersama kurma!

Moh buat sendiri susu kurma untuk bersahur berbanding waktu berbuka supaya semua ahli keluarga juga kekal bertenaga dan tidak mudah letih ketika berpuasa. Kalau korang buat sendiri sebenarnya korang boleh save duit dan lagi sedap berbanding susu kurma yang ada di pasaran.

Bahan-bahan:

  • 7 biji kurma, buang bijinya (untuk 1 gelas)
  • Air kosong secukupnya
  • Susu segar, susu UHT atau susu kambing

Cara-cara:

1.   Buang Biji Kurma

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/05/07/node-3679/cara-buat-jus-kurma-susu-0.jpg?itok=zgTWKFrM

Asingkan kurma daripada bijinya. Bijinya ini banyak khasiat juga. Kalau rajin anda boleh keringkan dan jadikan kopi.

2.   Rendam Kurma

Rendam di dalam air kosong hingga menutupi permukaan kurma yang paling atas. Biarkan ia semalaman, kira-kira dari waktu Isyak hingga waktu sahur. Korang boleh menyimpannya di dalam peti sejuk atau dalam suhu bilik.

Air rendaman kurma ini juga bagus diminum begitu saja. Ia digelar air naqi’ atau ada yang menyebutnya air nabeez. Sangat sesuai untuk detoks!

3.   Campur Dengan Susu

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/05/07/node-3679/cara-buat-jus-kurma-susu-3.jpg?itok=FdPlnWaQ

Ketika bangun sahur, campurkan kurma yang terendam tadi berserta air rendamannya bersama susu secukupnya.

4.   Kisar

Kisar semuanya hingga halus menggunakan blender.

5.   Tambah Topping Ikut Selera Anda!

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/05/07/node-3679/cara-buat-jus-kurma-susu.jpg?itok=MC7mK5uz

Kalau nak nampak lebih berselera, boleh tambah topping seperti kacang almond cincang atau serbuk kayu manis.

Kalau korang teringin meminumnya lagi semasa berbuka puasa, kurma korang boleh rendam lagi apabila selesai bersahur.

Artikel berkaitan:
10 Tips Kekal Langsing Sepanjang Bulan Ramadhan
Sambal Hitam Juadah Sahur Ketika ‘Masa Kecemasan’

Raja Lepak

Read Previous

Nak Hati Sihat Dan Bersih? Ambil 5 Jenis Makanan Ini (Siri 2)

Read Next

Ini Resepi Rahsia ‘Swedish Meatballs IKEA’ Yang Enak Dimakan Ketika Berbuka Puasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *