Jika lepas PKP nanti, kalau korang berpeluang berjalan-jalan ke kawasan semula jadi atau hutan belantara, pastikan korang mendongak ke atas dan melihat keseluruhan batang pokok. Korang pasti akan teruja melihat kebanyakan daun-daun pokok tidak menyentuh sesama sendiri.
Situasi ini digelar sebagai fenomena ‘Crown Shyness’ yang menjadi favourite jurugambar untuk merakamkan gambar situasi ini tapi Damak ingat dah syok tengok fenomena ni jgn terleka pula, nanti tersesat pula jauh korang dalam hutan.
Seperti manusia dan haiwan, pokok juga memerlukan ruang sendiri untuk hidup lebih baik dan selamat terutamanya pokok-pokok yang tinggi di dalam hutan. Ini penting agar setiap pokok tidak perlu bersaing untuk mendapatkan nutrien dan boleh berkongsi kehidupan lebih baik dan membesar dgn sempurna.
Crown Shyness ini dipercayai merujuk kepada kawasan kosong yang seakan rekahan yang wujud di antara puncak paling tinggi sebatang pokok. Bagaimana keadaan ini boleh terjadi.
Banyak teori yang ada sebenarnya namun yang popular perkara ini berlaku disebabkan geseran di antara daun-daun yang terletak di kawasan puncak pokok menyebabkan daun-daun guruh dan angin juga memainkan peranan di sini.
Ada juga teori yang mengatakan bahawa pokok-pokok ini mempunyai kepekaan terhadap cahaya far-red (FR) yang dihasilkan oleh pokok-pokok di sekitar.
Teori lain mengatakan bahawa dahan-dahan pohon ini sedang melakukan mekanisme melindungi diri dengan menjauhi pokok di sekitarnya. Tujuannya adalah bagi mencegah penyebaran hama atau serangga pemakan daun dari satu pokok ke pokok yang lain.
Menarik bukan? Walaupun apa teorinya namun fenomena yang berlaku ini sememangnya cantik dan dapat memberi sedikit ketenangan jiwa.
Artikel berkaitan
10 Bunga Ini Boleh Dimakan Dan Banyak Khasiat?
Ini Tatacara Betul Ketika Beli Barang Dapur Waktu Covid-19