Baru-baru ni Abang Bob ada tengok satu video satu kawasan kondominium ni bila ada salah seorang penduduk berkaraoke kat balkoni rumahnya untuk menghiburkan penduduk kat situ yang terkurung gara-gara PKP.
Memang terhibur betul Abang Bob tengok video tu sebab suasana kat situ dah macam konsert! Mana taknya bila lelaki tu bernyanyi sambil mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada penduduk kat situ.
Lelaki yang melakukan ‘konsert’ percuma tu, David Ong Boon Wah cakap, dia cuma mahu memberi semangat dan menghiburkan jiran tetangga ketika melalui Perintah Kawalan Pergerakan.
Sebab dia sedar semasa tempoh PKP tu semua orang perlu jaga jarak sosial masing-masing, tapi sebenarnya masih ada cara untuk menggembirakan hati dan menjaga hubungan baik sesama jiran.
Konsert percuma selama 20 minit tu berlaku kat Rosvilla Condominium dekat Bukit Prima Pelangi di Segambut Dalam, KL.
Baca artikel ini: Beruntungnya! Baginda Raja Permaisuri Agong Jamu Petugas Kesihatan Dengan Masakan Air Tangannya
Masa David menyanyi dekat balkoni kediamannya, penghuni lain termasuk yang berada di blok bertentangan turut menyalakan telefon bimbit masing-masing sebagai isyarat sokongan.
Kata David, dia dapat idea tu dekat YouTube selepas seorang penduduk dekat China melakukan aksi sama ketika perintah berkurung dijalankan dekat sana.
Memang laa beb, masa perintah PKP ni ramai yang mengeluh sebab bosan duduk dalam rumah. Tapi nak buat macam mana sebab itu salah satu cara nak putuskan rantaian jangkitan COVID-19 ni.
Tapi sebelum David start berkaraoke menghiburkan penghuni kat situ, dia telah menyuarakan cadangan tersebut terlebih dahulu kat dalam group WhatsApp dan komuniti Facebook tempat dia tinggal tu.
Pihak pengurusan kat situ memberikan kebenaran untuk mengadakan karaoke kat balkoni, malah mereka juga menyokong dan membenarkan David berbuat demikian, namun dengan beberapa syarat.
Yer laa, sebelum nak buat apa-apa kena minta persetujuan semua dulu. Takut pula bila ada isu nanti sebab dikatakan mengganggu ketenteraman penghuni lain.
Dalam ‘konsert’ yang berlaku selama 20 minit tu, David telah menyanyikan lima buah lagu antaranya Satu Malaysia, Saya Anak Malaysia, Rasa Sayang dan lagu Mandarin.
Meriah betul suasana masa David menyanyi bila kira-kira lebih 100 orang penghuni kondominium kat situ menyokongnya dengan memberikan tepukan serta menyalakan lampu telefon bimbit kat balkoni rumah masing-masing.
Begitulah hidup berjiran yer guys tanpa mengira bangsa, kaum dan juga agama. Harap usaha yang dilakukan David tu dapat laa menghiburkan jiran-jiran dia yang kebosanan.
Baca artikel ini: Uniknya Cara Orang Turki Bantu Golongan Daif Ketika Musim Covid-19