Sekiranya korang terpaksa keluar untuk membeli barang keperluan dapur, mesti timbul juga rasa was-was kerana sudah tentu kita terpaksa memegang dan memilih produk yang dibeli. Iyalah, kita tak tahu siapa yang pegang barangan yang kita mahu beli itu, mungkin mereka sudah dijangkiti Covid-19. Hari ini Hamka akan kongsikan tatacara yang betul untuk mengelakkan jangkitan Covid-19 ini jika korang nak ke pasar raya.
- Apabila korang keluar ke pasar raya, pakai sarung tangan plastik bila ambil barang-barang di rak pasar raya. Ini kerana virus ini boleh hidup di permukaan sehingga 9 jam.
- Pakai mask, elakkan bercakap dengan orang. Pembawa tak boleh sebar virus dan virus pun tak boleh masuk ke rongga hidung dan mulut dari luar.
- Bila korang dah balik rumah pula, jangan disambut terus ahli keluarga korang khususnya kanak-kanak.
- Terus ke bilik air dan buka semua pakaian dan masukkan ke dalam beg plastik untuk dicuci segera.
- Barulah lepas ini korang buka mask dan sarung tangan tapi terus buang dalam plastik khas. Jangan buang dalam tong sampah biasa untuk elakkan virus bersentuh dengan sampah-sampah lain dan sukar untuk dikendalikan.
- Mandi dan Hamka galakkan korang pakai sabun Dettol dan lepastu barulah korang jumpa keluarga.
- Barang-barang yang telah dibeli jangan terus diguna. Sebaiknya biarkan di satu sudut simpanan khas selama 8 jam supaya jika virus ada pada barangan yang dibeli, boleh mati selepas 8 jam tapi kalau tak nak pun takpe. Terus pergi sinki basuh dengan sabun.
- Barang basah pun sama. Basuh bungkusan luar dengan sabun, jangan pergi basuh barang basah dengan sabun pula.
Jika Beli Makanan Siap Masak
- Pastikan kedai yang korang nak beli makanan itu kedai yang bersih.
- Pastikan tiada terlalu ramai orang yang menunggu di kedai.
- Pastikan korang beli dan terus balik.
- Balik dan ulang tatacara mengurus diri seperti yang Hamka ceritakan tadi.
- Bila sudah selesai, makanan siap masak yang dibeli boleh terus dihidangkan. Bagi Hamka lebih baik kita masak sendiri daripada beli di luar.
Cara ini telah pun dilakukan oleh negara China dan nampaknya menunjukkan kesan positif di mana tiada lagi kes baharu dicatatkan di China dan hospital yang menempatkan pesakit Covid-19 semakin kosong.
Rasa macam susah kan korang. Memang amat menyusahkan bagi Hamka sendiri secara peribadinya dan sebab itulah kita perlu Just Stay Home. Ikutlah arahan yang telah ditetapkan supaya perintah kawalan ini akan segera berakhir.
Bolehlah guna cara ini jika korang terpaksa keluar membeli barangan keperluan dapur. Sama-sama kita doakan agar keadaan segera pulih seperti biasa. Korang ingat, hanya seorang sahaja yang kini dibenarkan untuk keluar pada satu masa sekiranya perlu keluar rumah
Artikel berkaitan
‘Social Distancing’ Lebih Berkesan. Buat Rakyat Tidak Sengara seperti ‘Lockdown’
Jangan degil & Ikut Arahan! Kalau tidak, Malaysia bakal ‘lockdown’