Mengidam nak makan masakan ala Cina? Nah 5 restoran masakan Cina Muslim tersedap

Credit: Fun N’ Taste

Malam tadi lepas balik kerja, kawan min ajak pergi makan kat restoran Cina Muslim kat area Kelana Jaya. Mula-mula min tak nak sebab tekak betul-betul teringin nak makan tomyam seafood. Nak-nak pulak time tue hujan membasahi muka bumi yang penuh pancaroba nie.Tiberrr. Ok sebab tak nak menghampakan teman, min pun follow jer laa. So kat situ min order mi Tarik daging. Sambil-sambil menunggu order mai, min usyar-usyar laaa pekerja kat situ, seorang Chinese Muslim (pure from China) dok Tarik-tarik tepung untuk dijadikan mi. Mi tarik yang min order pun sampai dengan portion yang besar (boleh makan 2 orang), daging yang banyak dan paling penting rasa yang enak banget! Ada macam-macam hidangan masakan Cina yang sedap-sedap. So kat sini min nak senaraikan antara top 5 restoran Cina Muslim terkenal yang ada kat sekitar Lembah Klang. Check it out!

Credit foto: SafarTrips
Credit foto: HOMST

HOMST 

HOMST nie memang jadi antara feberet pelanggan terutamanya dalam kalangan orang Melayu untuk menikmati masakkan Cina. Restoran nie ada kat Taman Tun Dr. Ismail atau TTDI. Restoran nie dia popular sebab ada hidangan makanan laut macam ketam, lala, sotong dan udang. Tapi yang paling popular dia punya Asam Pedas Ikan dengan Terung Masak Telur Masin. Marbelesss!

Restoran Mee Tarik Warisan Asli

Restoran Mee Tarik Warisan Asli nie rasanya dah tak perlu diperkenalkan lagi kot. Memang femes giler. Restoran yang diusahakan oleh Hassan sejak beberapa tahun lalu nie mempunyai beberapa cawangan di Sungai Besi, Shah Alam dan Bangi. Mee Tarik Warisan Asli nie asalnya dari Lanzhou di China. Mi Tarik kat sini ada versi goreng dan berkuah (sup) yang dihidangkan dengan daging lembu, daging kambing atau ayam.  

Credit foto: zomato
Credit foto: Foodie vs The World

Golden Valley

Restoran nie dia terletak kat TTDI, tak berapa jauh dari Hospital Pakar Damansara. Kat sini memang jadi tumpuan orang-orang pejabat untuk datang makan waktu lunch. Menyajikan masakan ala Cina seperti nasi goreng, mi goreng, mi sup dan banyak lagi. Tapi yang paling direkomendasi kat Golden Valley ialah pelbagai variasi makanan laut yang dimasak Bersama sos masam manis. Yummyyyy..!

Credit foto: Vocket
Credit foto: Vocket

Amber Chinese Muslim

Kalau korang nak makan makanan yang dihidang dalam portion yang besar, korang boleh datang kat Anber Chinese Muslim kat Nexus, Bangsar South, KL. Katanya servis diaorang pun tiptop, cepat dan efisyen pada harga yang munasabah. Antara menu yang korang boleh try Kung Pao Chicken dan Saute Tofu yang dimasak dengan sos pedas.

Credit foto: Razzwey
Credit foto: Razzwey

Restoran Mohammad Chow

Antara hidangan diaorang seperti Nasi Goreng Young Chow dan Mi Hokkien. Mostly penggemar masakan Cina yang halal akan tertumpu kat sini sebab lokasi. Menu popular kat Restoran Mohammad Chow nie adalah Buttermilk Chicken dan Marmite Prawns. Untuk korang yang sukakan manisan dengan rasa yang eksotik, kat sini jugak diaorang ada hidangkan durian crepe yang wajib korang try.

So you guys, dah decide nak makan kat mana? Kalau teringin nak rasa masakan Chinese style yang halal, korang boleh pergi kat tempat-tempat yang disenaraikan tue okey. Alaaaa waze jer dah sampai. Selamat menjamu selera!

Raja Lepak

Read Previous

Mitos aneh berkait nombor

Read Next

Tetamu takut Coronavirus. Pengantin buat majlis secara ‘Live-Streaming’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *