Kalau korang memang kaki singgah Eco-Shop, ada berita baik! Sempena ulang tahun ke-23, Eco-Shop kembali dengan kempen nationwide yang berlangsung dari 5 Oktober hingga 29 November 2026. Menariknya, kali ini Eco-Shop menyediakan hadiah bernilai keseluruhan RM250,000 menerusi kempen Buy & Win dengan Visa sebagai rakan pembayaran rasmi.

Sepanjang kempen hampir dua bulan ini, sebanyak 19 pemenang bertuah bakal membawa pulang hadiah menarik. Antaranya sebuah Proton X70 1.5TD Premium, tiga buah motosikal Honda RS150R dan 15 unit Samsung Galaxy Z Fold8.

Nak sertai pun mudah sahaja. Anda hanya perlu buat pembelian minimum RM35 dalam satu resit dan bayar menggunakan Visa untuk mendapatkan satu penyertaan dalam cabutan Beli dan Menang dan imbas kod QR pada resit pembelian anda. Kalau dah jadi ahli Eco-Shop lagi best sebab setiap pembelian yang memenuhi syarat akan memberikan dua penyertaan.

Bukan itu saja, pembelian yang sama juga melayakkan anda menerima Gift with Purchase di semua cawangan Eco-Shop seluruh negara, selagi stok masih ada. Jadi, kalau memang selalu shopping barang keperluan harian di Eco-Shop, bolehlah ambil peluang ini. Mana tahu pembelian RM35 anda kali ini bukan saja dapat barang yang diperlukan tapi boleh bawa balik hadiah yang jauh lebih besar!
Untuk maklumat lanjut, anda boleh follow Eco-Shop di Facebook, Instagram, TikTok dan XiaoHongShu (XHS).