Dari Belanja Harian Ke Stadium Piala Dunia, Eco-Shop Tunaikan Impian Pemenang Kempen Kita Punya Impian

Siapa sangka perbelanjaan harian serendah RM45 boleh membuka peluang kepada pengalaman yang bukan semua orang berpeluang rasai? Apa yang bermula sebagai satu kunjungan biasa untuk membeli barangan keperluan di Eco-Shop, akhirnya membawa Lew Yoong Kint terbang ke Amerika Syarikat untuk menyaksikan sendiri aksi final Piala Dunia FIFA 2026 secara langsung dari stadium.


Lebih menarik, pengalaman istimewa itu hadir hasil penyertaan beliau dalam kempen Eco-Shop “Kita Punya Impian, Dari Sorakan Jadi Pemenang!” yang mengubah satu pembelian biasa di Eco-Shop menjadi tiket ke Amerika Syarikat.

Sebagai pemenang hadiah utama, Lew bersama seorang teman perjalanan menerima pakej perjalanan penuh tajaan Eco-Shop termasuk penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke New York serta pengalaman menonton perlawanan akhir menerusi Visa Hospitality Package.



Menurut Lew, peluang melihat pasukan pilihan hatinya menjulang trofi secara depan mata merupakan sesuatu yang tidak pernah terbayang sebelum ini. Minatnya terhadap bola sepak juga dipengaruhi oleh bapanya yang sejak dahulu lagi menyokong pasukan Sepanyol.

Kempen Kita Punya Impian, Dari Sorakan Jadi Pemenang! yang berlangsung di 437 cawangan Eco-Shop seluruh negara itu menerima sambutan menggalakkan dengan lebih 177,634 penyertaan daripada ahli yang membuat pembelian minimum RM45 menggunakan kad Visa.

Selain hadiah utama bernilai kira-kira RM250,000 yang ditanggung sepenuhnya oleh Eco-Shop, seramai 10 finalis turut menerima pakej barangan eksklusif FIFA World Cup 2026, manakala 100 pemenang saguhati membawa pulang baucar tunai Eco-Shop bernilai RM50.


Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Eco-Shop Malaysia, Jessica Ng berkata, sambutan terhadap kempen tersebut menunjukkan rakyat Malaysia menghargai pengalaman yang lebih bermakna selain daripada aktiviti membeli-belah biasa.

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kempen dan aktiviti Eco-Shop, pelanggan boleh mengikuti Eco-Shop di Facebook, Instagram, TikTok dan XHS.

Raja Lepak

Read Previous

Dari Dunia Game Ke Dunia Realiti, Sony Pictures Entertainment Kongsi Acah Treler Jumanji: Open World

Read Next

Citrawarna 2026 Kembali Di Dataran Merdeka Dengan Kepelbagaian Budaya Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *