Jadual untuk ‘fun time’ Oktober korang dah penuh? Jangan dulu. Dua acara ni wajib pergi! Tak jauh, kat the Curve je.
Jom Thrifting!
Yang pertama, Bla Bla Bla Market 2023. Event 4 hari ni bermula dari 26 Oktober sampai 29 Oktober, pukul 10 pagi sampai tengah malam. Ini lah masanya untuk alami sendiri one-of-a-kind shopping experience kat bundle market + live music event! Acara ni akan menghimpunkan sensasi fesyen, barangan vintaj, music dan makanan dari unique retailers dari seluruh negara.
Hai geng! Bosan tak tau nak buat apa? The Curve jom! Ada BlaBlaBla Market ngan Halloween Eerie Excitement kat sana tau. Boleh thrifting ngan layan Halloween decor + aktiviti lain. Dah2. Jumpa kat sana jer.
Ada 40 booths yang menanti korang di Fashion and Bundle Market dan 20 booths untuk Antique Vintage Market. Artis pun ada korang, mana tau ada rezeki jumpa. Acara ini bukan hanya tentang membeli-belah; ia juga bertujuan untuk menyokong komuniti tempatan sambil meningkatkan kesedaran ke arah pendekatan yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Seram di the Curve!
Oktober kat sinonim dengan Halloween. Dengan itu, the curve membawakan acara spook-tacular Halloween Eerie Excitement kat 2nd Floor, dari sekarang sampai 31 Oktober 2023. Sesuai kalau nak bawa anak-anak.
Jalan-jalan sambil menikmati hiasan Halloween yang menyeramkan, aktiviti kanak-kanak, lukisan muka Halloween oleh Sudut Artis, Pertandingan Kostum Terbaik dan Trick-or-Treat Halloween yang menarik.
Jangan lupa tandakan kalendar korang untuk datang ke the Curve sebab Oktober ni akan jadi bulan untuk keriangan berganda dan pengembaraan yang menakutkan!