Daripada biasa jadi luar biasa. Ini memang hobi geng kereta yang suka modified kereta dorang. Tak kisahlah jenama apa, mesti kena modified sikit, barulah nampak lebih mengaum dan sporty.
Tapi macam jenis modifie yang owner Myvi ni buat, ramai juga yang keluarkan pendapat dorang. Mana taknya, dari steering penuh bulat, dipotong ala-ala kereta racing. Katanya steering potong ni makan modal dekat RM2,500 jugak.
Ramai yang tak bersetuju sebab ia bahaya dan susah untuk kawal steering kalau kemalangan berlaku. Tapi ada juga yang sokong tindakan owner ni sebab berani gunakan steering yang memang lain dari lain tu.
Seorang Doktor Falsafah dalam bidang Automotif dan Sistem Penyejukan Sukan Permotoran, Aid Fawzal menjelaskan yang sebenarnya memang steering ni perlu dielakkan.
Korang kena fahamkan dulu kenapa bentuk steering bulat?
Supaya pamandu kereta harian boleh sambil tengok jalan, sambil tu kemudikan steering tanpa perlu berfikir panjang. Senang kata macam senang jelah, paut-paut semua ada yang dipaut.
Bila dah dipotong ni, otak dah tak boleh nak buat macam tu. Kena tambah satu lagi langkah pemikiran untuk fikir apa tindakan yang perlu dilakukan dek sebab steering ni tak lagi bulat. Kat sinilah bahayanya. Bila panik, memang senang nak hilang kawalan.
Berbeza dengan yang guna steering potong untuk racing. Hampir setiap masa dalam racing, driver akan pegang sepanjang masa kiri dan kanan steering dan dengan itu, darjah pusingan steering yang racer perlukan sikit je untuk dapatkan pusingan kemudi penuh lock-to lock.
Nampak memang lawa, tapi jangan sebab lawa hilang nyawa. Naya~
Penjelasan @AidFawzal