Korang pernah kawan tak dengan member yang sembang kencang? Kalau boleh babi pun boleh terbanglah senang cakap.
Tapi itu tak apalah level biasa je, tapi dalam satu video yang CT jumpa ni memang aduh. Satu negara yang tengok, kalau tak tahu memang sia sia jelah kena kincin weh.
Pak Arab ni, dia punya sembang. memang konfiden betul. Dipanggil untuk satu sesi interview dekat stesen TV, beliau pun beritahulah yang beliau reti berbahasa Malaysia/Melayu.
Dan pengacara pun excited pun suruhlah dia cakap sesuatu pasal program tu. Cuba korang teka dia sebut apa?
DIA KIRA SATU SAMPAI LIMA WEH! Hahaha. Kelakar bethol lah.
Bila si pengacara tu tanya apa maksud yang dia cakap tadi, dia punya putar belit. Nalla perginya.
Hampeh betul kan?
Ada tak member korang pun perangai macam ni? Sembang lebat tapi konfiden? Haa maybe bolehlah mereka ni berkawan berdua.
Kredit: Mustaqim Abdullah