Sebelum ni CT pernah share yang China mula haramkan selebriti lelaki yang ada imej feminim keluar TV kan?
Korang tahu tak China sekarang ni banyak adakan undang-undang baru dalam usaha capai matlamat negara untuk jadi yang terkuat dalam bisnes, sekolah, budaya dan agama.
Selain daripada haramkan selebriti lelaki imej feminim keluar TV, China juga dah mula gam selebriti atau pun influencer disebabkan nak halang dorang ni daripada beri pengaruh dekat rakyat China.
Antara mangsa yang terkena ialah Zhao Wei atau lebih dikenali dengan watak goal keeper botak dalam Shaolin Soccer dekat Malaysia. Zhao Wei ni dah 25 tahun tau dalam industri, tetap pun tak diberi muka.
Habis Zhao Wei hilang dari media sosial, tapi karya lakonan nya pun macam hilang daripada laman-laman penstriman video yang ada. Sama macam yang pernah berlaku dekat Fan Bingbing 3 tahun lepas.
Dan sebenarnya usaha ni dah pun digunakan sejak beberapa tahun belakangan ni. Selebriti A-list pun tak terlepas okey. Semua pun kena.
Kalau ikut kata Presiden China, Xi Jinpung, media dekat China kena sentiasa dipantau untuk elakkan budaya luar masuk dan mempengaruhi rakyat China. Jadi inilah kot hasilnya.
Lain macam juga China punya undang-undang. Bila tengok balik, dah makin menyerupai Korea Utara dah.
Korang rasa macam mana?