Nampak je muka Rebel Wilson, memang teringat watak Fat Amy dalam Pitch Perfect. Sangat konfiden, kelakar dan dalam masa yang sama tetap vogue gitu. Suka betul CT tengok.
Tapi penampilan dia baru-baru ni mengejutkan ramai bila dia tampil lebih kurus berbanding sebelum ni, Katanya berjaya kurangkan berat badan sampai lebih 30kg korang!
Sebelum ni pun memang Rebel Wilson dah cakap yang dia nak jalani hidup yang lebih sihat, jadi salah satu misi utamanya ialah kurangkan berat badan. Dan masa tu tahun 2016. Cecah je awal bulan 2021, dia punya berat dah turun sampai hamper 30kg.
Katanya dengan hanya tukar diet kepada diet berprotein tinggi. Contoh menu dalam diet ni ialah tuna, ayam, telur, kacang almond, oats dan yogurt.
Bila dah kurus ni, adalah yang cakap lepas ni dah tak boleh panggil beliau Fat Amy, kena panggil Fit Amy. Tapi Rebel Wilson kata dia tak kisah sebab dia tetap orang yang sama dengan konfiden yang sama. Cuma yang dia perasan bila dah kurus ni, layanan orang dekat dia dah berbeza.
Macam kalau bawa barang grocery sebelum ni tak ada orang pun yang offer untuk bawakan. Tapi sejak dah kurus, bila bawa barang banyak sikit ada orang offer untuk bawakan barang-barang tu.
Korang okey tak dengan penampilan baru Rebel Wilson ni? Tak rasa inspirasi jugak ke nak kurus? Lepas tengok Rebel Wilson, terus CT nak daftar fitness la macam ni.