Kalau open table pasal kisah seram, geng kaki mancing antara geng yang paling banyak story. Betul tak?
Yelah, balik mancing selalunya pukul 3-4 pagi. Memang suasana sunyi, seramlah geng.
Macam yang viral baru ni, seorang lelaki, Kay On share video dia balik dari mancing yang mana tiba-tiba je dia tersuluh sesuatu yang ada dalam gelap.
Kalau tengok screenshot bawah ni, makhluk tu macam senget sikit kepalanya.
Udahlah dia balik sensorang. Lampu jalan tak ada, jalan sunyi sepi tanpa orang. Langit gelap.
Aduh, kental betul hati kau bang. Kalau CT memang mencicit dah lari tinggal segala benda kat jalan. Esok baru kutip semula bila dah cerah.
Tapi kalau baca komen, ada yang cakap tu bukannya makhluk halus ke apa, tapi mungkin juga orang yang tengah dalam kesusahan.
Abang tu pun kata yang kalau minyak kereta dia tak dekat nak habis, memang dia patah balik.
Cuba korang tengok video dekat sini: https://www.facebook.com/100010519867967/videos/534579941102579/, lepas tu korang share sikit pandangan korang.
Hmm, korang rasa tu apa?