Musim PKP ni meriah timeline dengan cerita kawan kawin. Sana kawin, sini kawin. Yang masih single hanya mampu tumpang bahagia jelah.
Okey, buat lelaki yang masih single tu, sis nak share sikit yang korang sekarang boleh lah berangan nak isteri mata biru bolehlah simpan angan-angan nak ke sini lepas je sempadan negara buka nanti.
Kalau korang nak tahu, dekat Noiva do Cordeiro, majority dekat sana adalah orang perempuan sebab ikut tradisi lelaki yang dah capai usia 18 tahun akan tinggalkan kampung untuk keluar bekerja.
Sebab tu ramai gila orang perempuan bujang dekat situ. Dorang tak boleh keluar sebab terikat dengan adat.
Dan untuk orang lelaki yang nak cari isteri memang dialu-alukan sangat datang sini. Tapi ada syaratnya.
Korang kena tinggal dekat situ, sebab tradisi bukan je halang orang perempuan bujang untuk keluar kampung tapi juga halang dorang keluar walaupun dah bergelar isteri.
Tapi dengar cerita macam best je duk situ sebab orang kampung hidup dalam keadaan harmoni dan tak ada gaduh-gaduh pun macam yang selalu kita tengok dekat dalam drama TV Malaysia.
Kredit gambar utama: Cosmopolitan