Dalam keadaan ekonomi yang tak dibuka, memang ramai yang terdesak nak guna duit. Dibuang kerja, dipotong gaji. Tapi komitmen masih menanti nak dibayar.
Akhirnya ambil keputusan yang salah disebabkan keadaan yang tersepit.
Macam yang berlaku baru-baru ni, kisah seorang lelaki yang dihalau keluar dari rumah sewa sebab tak mampu bayar sewa.
Dulu beliau bekerja sebagai tukang urut, mengurut dari rumah ke rumah. Campur dengan duit bantuan JKM, memang cukup untuk tampung kehidupan beliau, isteri dan 2 anak. Tapi sejak PKP melanda, job mengurut dah memang susah nak dapat.
Beliau pulak ada pulak masalah berkaitan dengan saraf mata. Kebetulan kanta mata khas yang dipakainya masa tu dah kabur.
Tesepit dengan keadaan ekonomi yang melanda, komitmen hidup masih perlu dilaksanakan, akhirnya lelaki ni nekad pinjam dari Ah Long yang berselindung dengan syarikat pinjaman wang berlesen.
kesudahannya, kita sendiri tahu kalau pinjam dengan Ah Long apa jadi kan?
Nak dapat RM2,000 kena bayar muka RM300 dulu. Dah bayar, tiba-tiba dimaklumkan pinjaman RM5,000 diberi. Nak RM5,000 bayar dulu deposit RM500.
Lastnya, dalam keadaan terdesak perlukan duit, beliau diberi pinjam duit tapi kesannya duit yang perlu dibayar berganda jumlahnya dari yang dipinjam. Barulah sedar diri tertipu. Sampai motosikal yang jadi punca pencarian pun tergadai.
Buat pengetahuan korang, keluarga ni pun dah dibantu. Mereka diberikan sedikit modal untuk mulakan perniagaan dan usul supaya mereka diberikan rumah PPR pun sudah diberikan.
Sumber: Natipah Abu