Pernah tak korang berangan, kan best kalau ada orang tersilap transfer duit dalam akaun kita. Tak banyak, dalam 1 juta pun tak apalah. Merasa sekejap jadi jutawan walaupun bukan duit sendiri.
Inilah yang berlaku dekat seorang lelaki, Darren James. Keluarga dorang disenaraikan sebagai orang ke-25 terkaya di dunia bila bank tersilap transfer duit lebih RM207 bilion ke akaunnya.
Beliau yang bekerja sebagai ejen hartanah bagitahu satu hari dorang terkejut bila check akaun bank, tengok-tengok tak sedar dah jadi billionaire.
Walaupun tahu tu bukan duit dorang, dia terfikir mungkin jugak ada sedara mara yang kaya tinggalkan wasiat duit untuk dorang. Siapa je tak happy tengok akaun bank banyak nombor kosong dekat belakang kan?
Tapi nasib baik, dia tak gelap mata dan gunakan duit tu. Lepas 3 hari masih lagi ada dalam bank, Darren bertindak sendiri call pihak bank dan informkan apa yang berlaku. Sebab kalau guna dia dah kira macam mencurilah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang tau.
Tak apalah, walaupun sekejap je 4 hari, tapi sekurangnya merasa jugaklah pegang title antara orang paling kaya di dunia kan?
Korang kalau ada duit tersilap masuk akaun banyak ni pun, jangan gelap mata terus guna. Silap silap nanti masuk penjara pulak.
Hmm, tapi tak ada ke yang nak tersilap transfer masuk akaun CT ni. Nak merasa jugak pegang title jutawan. Sejam pun jadilah.