Dekat kawasan luar bandar Jepun, fenomena rumah terbengkalai sangat membimbangkan kerajaan. Kalau ikut data yang didedahkan, jumlahnya je dah cecah lebih 8 juta!
Disebabkan nak tarik penduduk supaya berhijrah ke sana, kerajaan Jepun sanggup beri inisiatif rumah percuma dekat penduduk. Kalau kena bayar pun maybe dalam RM2,000 je. Murah kan?
Biasanya rumah kosong ni disebabkan penduduknya berhijrah ke kawasan lain atau penghuni lamanyanya adalah warga emas yang kemudiannya meninggal dunia.
Selain tu, dorang ada jugak kasi insentif subsidi untuk yang pembeli renovate rumah. Jadi jimatlah kan kos dekat situ.
Kalau korang nak berhijrah ke Jepun, bolehlah survey-survey mana rumah yang ditawarkan secara percuma. Mana tahu rejeki bolehlah merasa rumah free.
Kredit gambar utama: The Japan Times