Korang ingat lagi tak yang CT pernah share pasal tahun 2030 nanti, trafik dijangka akan jadi jem nanas tahap tak ingat sebab Hari Raya Aidilfitri dengan Tahun Baru China hanya berselang 2 hari je.
Korang boleh baca dekat sini: Tarikh CNY & Hari Raya Tahun 2030 Jadi Perhatian, Ramai Risau Pasal Trafik
Tapi tahun 2030 jugak akan jadi kenangan yang tak akan dilupakan bila umat Islam seluruh dunia akan berpuasa sebanyak 2 kali iaitu pada awal Januari dengan akhir Disember.
Mesti korang pelik kan macam mana benda ni boleh berlaku. Okey, untuk maklumat korang, pakar bagitahu yang benda ni berlaku sebab setiap tahun bulan Ramadan akan bergerak ke belakang 10-11 hari ikut calendar bulan.
Dan bukan tu je, pergerakan ni akan sebabkan kita juga akan sambut Hari Raya Aidilfitri 2 kali jugak 3 tahun kemudian!
Fuh, memang seronok budak-budak kutip duit raya macam ni.
Yang tak bestnya geng bujang, mesti akan selalu dapat soalan, “bila nak kawin?” Jenuhlah weh nak menjawab.