Forest Skywalk baru je bukak 31 Ogos 2020 yang lepas! Dengar cerita memang ramai yang datang nak experience sendiri tempat ni! I yang tengok pun rasa excited sangat!
Dari atas jejantas ni korang boleh tengok view hutan yang cantik, hirup udara segar, tenangkan fikiran & yang paling sekali jangan lupa selfie & #OOTD! hehe
Kalau sape yang nak photoshoot wedding ke pre-wedding kat sini, confirm cantik gambar kawen korang nanti! Selain korang boleh dapat natural lighting, background pun cantik! Sesuai untuk sape yang suka konsep garden atau forest.
Nak masuk Forest Skywalk ni berbayar. Harga tiket masuk sangat berbaloi dengan apa yang korang akan experience bila dah naik kat atas nanti!
So hujung minggu tak tahu nak lepak mana dengan member korang? Lepak atas angin ni! Sesekali lari dari hiruk-pikuk bandar apa salahnya kan?
Kredit gambar utama: FRIM