Korang perasan tak, kalau makan makanan Korea, antara side dishes mereka mesti ada aneka sayuran jeruk seperti kimchi, sayur jeruk lobak, jeruk kobis, timun dan macam-macam lagi. Orang Korea nie memang cukup gemar makan makanan yang masam. Ada orang kita kata, tak bagus kalau makan jeruk banyak sangat, sebab ada kesan pada otak.
Tapi betul ke? Dari segi aspek kesihatan, apakah kebaikan jeruk, makanan yang melalui proses penapaian ini? Abang Bob pun bukanlah penggemar makanan yang masam-masam nie. Tak kena betul dengan selera tekak. Setakat makan asam boi tu boleh laa. Itu pun jarang makan. Untuk pengetahuan korang, kebaikan jeruk terletak pada kandungan probiotiknya. Ia melindungi mikrobioma badan dan menyokong pertumbuhan bakteria yang baik dan sihat pada usus. Antara kebaikan lain jeruk ialah:
1. Merawat kekejangan otot
Satu kajian dijalankan pada 2010 mendapati makanan yang melalui proses penapaian ini boleh membantu merawat masalah kekejangan otot. Dilaporkan seorang atlet lelaki yang mengalami kekejangan otot serta masalah terhidrat diberikan minum air jus jeruk, dan seminggu selepas itu, atlet pulih dengan kadar yang pantas.
Air berkhasiat (deionized water) tidak menawarkan faedah yang sama, yang membawa maksud bahawa elektrolit dan status penghidratan sahaja tidak dapat menjelaskan hasilnya. Ini bermakna terdapat sesuatu di dalam makanan ini yang dipercayai dapat membantu merawat kekejangan otot selain kandungan air atau elektrolit.
2. Mengawal gula dalam darah
Penghasilan makanan jeruk yang menggunakan air garam berasaskan cuka dikatakan boleh membantu mengawal glukosa dalam darah. Tahap glukosa dalam darah yang stabil boleh membantu mengatasi dan mencegah rasa lapar yang keterlaluan. Mencegah peningkatan gula dalam darah juga adalah amat penting untuk kesihatan mereka yang menghidapi diabetes.
Baca artikel ini: Giler Makan Steak? Jom Kenali Jenis Daging Yang Ada
3. Memberi antioksidan
Makanan yang melalui proses penapaian mengandungi fungsi antioksidan. Kajian di makmal menunjukkan bahawa antioksidan dapat mengatasi kesan radikal bebas. Radikal bebas adalah bahan kimia dalam badan yang boleh memainkan peranan dalam perkembangan pelbagai masalah kesihatan. Ia adalah termasuk seperti kanser, keradangan, penyakit jantung dan pelbagai masalah penyakit kronik lain, serta masalah berkaitan dengan isu penuaan.
4. Kehamilan
Morning sickness untuk wanita hamil. Keinginan ingin memakan sesuatu yang masam adalah perkara biasa ketika kehamilan. Walaupun pengambilannya dapat membantu mengatasi rasa loya dan mual, tetapi pastikan korang tidak menngambilnya secara berlebihan. Untuk itu, korang boleh gantikan dengan buah-buahan yang mempunyai rasa masam seperti kiwi hijau, mangga muda (bukan jeruk), dan buah oren.
Kesimpulannya, korang boleh makan seperti biasa tapi hadkan pengambilannya dalam sehari. Lebih-lebih lagi untuk individu yang mempunyai penyakit kronik. Sentiasa dapatkan rundingan doktor pakar untuk tahap kesihatan ye.
Baca artikel ini: Semua Sedap! Hi-Tea Pilihan Rakyat Malaysia