OS Zepp 3.5: Jam Tangan Pintar Yang Dikuasakan AI

Teknologi AI dah merasuk ke smartwatch! Terbaru, Zepp OS 3.5 menampilkan Zepp FlowTM berkuasa AI untuk model Amazfit Balancenya. 

Kemajuan terkini itu ialah sistem pengendalian pertama yang menyepadukan Natural-Language User Interface (LUI) yang dipacu oleh LLM (large language model) AI. Zepp FlowTM menerap kemajuan ke arah penggunaan AI dengan menggabungkan AI dan semua aspek Zepp OS 3.5, membolehkan peranti mengecam dan melaksanakan berdasarkan suara pengguna. 

Ciri OS yang dikemas kini termasuk penjadualan, membalas pemberitahuan, menyemak cuaca dan banyak lagi.

Cik Chow Kar Mun, Pengurus Pemasaran-Malaysia berkata, “Zepp FlowTM akan merevolusikan teknologi kesihatan.. Pengguna hanya menerangkan keperluan mereka, dan Zepp FlowTM akan mengenali dan memberikan respons yang paling sesuai.”

Ciri tambahan yang dikemas kini termasuk:

  • Latihan Marathon: Sokongan untuk latihan maraton separuh dan penuh melalui Zepp CoachTM, dengan Indeks Keyakinan dan Kadar Penyiapan Pelan baharu untuk cerapan latihan.
  • Rakaman HRV: Kebolehubahan Kadar Jantung Tidur (HRV) menjejaki variasi degupan jantung, memberikan maklumat tentang keadaan pemulihan pengguna, tahap tekanan dan pemulihan selepas bersenam. Rekod lengkap data HRV malam sebelumnya dipaparkan untuk kesedaran yang lebih baik tentang kesejahteraan holistik anda.
  • Penyepaduan WhatsApp: Lihat mesej imej Whatsapp terus pada jam tangan pintar Amazfit Balance apabila diterima melalui WhatsApp untuk peranti Android.
  • Peta Luar Talian: Navigasi dipertingkat dengan nama jalan intuitif untuk berlari, mendaki atau mencari tempat makan baharu dengan lebih mudah.
  • Mod Sukan Baharu: Termasuk aktiviti terkini dalam senarai mod sukan – memanjat batu dan memanjat batu dalam dewan.
  • Running Power tracking: untuk cerapan prestasi kuasa semasa larian.
  • Sukan Musim Sejuk: Pengalaman yang dipertingkatkan untuk papan salji dan ski, dengan navigasi denai dan peta peranginan.

Malaysia akan menyaksikan pelancaran lebih banyak teknologi AI, pada Julai 2024, dalam bentuk pembantu kesihatan peribadi Zepp Aura. Zepp Aura akan menampilkan pengurusan tidur dan tekanan, pelaporan kesihatan, skap bunyi yang menenangkan dan analisis tidur. Digabungkan dengan Zepp FlowTM, Zepp Aura akan menjadi teknologi yang mengagumkan.

Raja Lepak

Read Previous

Gigi Putih, Tapi…

Read Next

CHUP! Kita Layan Makan Chicken Chup Dulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *