Tiada sambutan perayaan yang tidak luar biasa di negara ini. Sebab utama mungkin kerana perayaan-perayaan ini disambut oleh seluruh masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Uniknya Malaysia!
Dengan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, pusat membeli belah yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia, the Curve, menggabungkan kekayaan tradisi lama dengan daya tarikan kontemporari bagi mengalu-alukan kedatangan Year of the Wood Dragon dengan tema Dragon Enchantment.
Tema ini dipilih untuk menyemarakkan lagi semangat perayaan, memupuk kemesraan dan keterujaan di kalangan pembeli dan pengunjungnya.
Sehingga 18 Februari 2024, Centre Court di the Curve akan berubah wajah dengan hiasan bertemakan kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina. Anak-anak kecil pasti terpesona dengan monument naga keemasan yang menjadi simbol kebijaksanaan, kemakmuran, kesihatan dan tuah, sebagai tarikan utama di bawah ratusan tanglung merah yang tergantung indah.
Selain dari menempatkan rumah teh tradisional, terdapat juga pohon-pohon ceri dengan bunga yang berkembang serta gerai-gerai pakaian tradisi untuk sambutan Tahun Baru Cina.
Suasana indah ini direalisasikan bagi menggarap intipati keanggunan kebudayaan Cina dan keindahan musim bunga yang meriah, memberikan latar belakang yang mempesonakan, sesuai untuk merakam detik-detik yang tidak dapat dilupakan. Iya, one for the gram!
Bagi memastikan tiada yang tercicir untuk merasakan kemeriahan sambutan Tahun baru Cina, the Curve turut membawakan penghuni dari Rumah Kasih Charity Home Kuala Lumpur untuk bersama-sama menikmati pelbagai persembahan yang disediakan.
Senyuman jelas terpancar di wajah mereka ketika melihat persembahan gendang, tarian singa & naga serta tarian musim bunga yang sangat menghiburkan! Tidak lupa juga pemberian ang pow dan sessi Lou Sang di Royale Chulan.
Untuk butiran lanjut tentang sambutan Dragon Enchantment dan acara lain yang akan datang di the Curve, sila layari laman web www.thecurve.my, atau dapatkan info terkini daripada halaman Facebook dan Instagram the Curve.