Disebabkan rasa ingin tahu yang tinggi, seorang wanita, Jung Yoo-jung sanggup bertindak kejam dengan membunuh tutornya sebelum memotong badan mangsa kepada beberapa bahagian dan menyumbatnya ke dalam sebuah bagasi.
Media Korea Selatan melaporkan suspek berusia 23 tahun itu sebenarnya dah merancang jenayahnya terlebih dahulu dengan meminjam beberapa buku berkaitan jenayah, membaca dan membuat kajian berkaitannya.
Ini termasuk cara untuk melupuskan mayat dan mendekatkan diri dengan mangsa iaitu menyamar sebagai ibu yang kononnya memerlukan bantuan tutor untuk mengajar anaknya Bahasa Inggeris. Dua hari kemudian, suspek yang menyamar sebagai pelajar datang ke rumah mangsa tersebut dengan memakai uniform sekolah.
Mangsa yang dibunuh dan dikerat kepada beberapa bahagian kemudiannya disumbat ke dalam bagasi dan kemudiannya dibawa menaiki sebuah teksi menuju ke Sungai Nakdong. Namun, pemandu teksi yang curiga dengan aliran cecair yang keluar daripada bagasi tersebut telah melakukan laporan polis.
Setelah ditahan, suspek mengaku jenayah yang dilakukan adalah hasil daripada sifat ingin tahu bagaimana sesuatu jenayah dilakukan. Malah, hasil pemeriksaan psikiatri mendapati sifat psikopat suspek agak tinggi.
Aduh, seram dunia sekarang ni. Harap kita semua selamat daripada menjadi mangsa jenayah sebegini.