Dalam dunia media sosial, mungkin kita rasa kita bebas buat sesuatu dengan alasan konten. Sebab itulah ada antara pencipta kandungan yang menghasilkan konten dan kemudiannya menerima kecaman hebat kerana dianggap tidak menghormati/mengikut norma masyarakat.
Seperti yang berlaku dalam satu video yang dimuat naik (update: sudah dipadam) oleh seorang TikTokers yang terkenal dengan konten-konten ‘kelakar tiga suku’ yang dikenali sebagai Eyda.
Dalam video tersebut, Eyda telah berkunjung ke Hari Terbuka Armada di Kota Kinabalu. Eyda ‘bergurau’ dengan kelakuannya menarik tali sauh kapal, malah membuat aksi kentut di mikrofon yang ada.
Konten tersebut kemudiannya diselar seorang pesara tentera yang menyifatkan ia sebagai perbuatan seakan menghina aset keselamatan negara dan institusi TLDM.
Ramai yang terkilan dengan perbuatan tersebut kerana mikrofon tersebut digunakan untuk melaungkan azan, dan bacaan doa sebelum berlayar.
Membuat permohonan maaf di TikToknya, Eyda menjelaskan beliau langsung tiada niat mahu merendahkan aset TLDM dan bersedia untuk berjumpa dengan Datuk Panglima sendiri berkenaan isu ini.
TikTok: @zuraidah_nasir/ fahrintokai