Sejak viral isu curang melibatkan seorang influencer dan juga ahli perniagaan ini, perkataan ‘bakai’, ‘bunggung’ dan ‘bantang’ menjadi trending di media sosial. Kalau korang perasan, ada individu yang sering tersalah eja perkataan yang ada huruf p kepada huruf b?
Nak tahu kenapa? Jom kita dengar apa yang cikgu ni nak terangkan.
Menurut Cikgu Azim, kekeliruan ini berlaku kerana adanya sistem pinyin, salah satu sistem di mana huruf rumi digunakan bagi menjadi wakil bunyi dalam bahasa Mandarin baku. Yang membezakannya ialah sebutan keduanya.
Huruf ‘B’ dalam bahasa Mandarin semasa dibunyikan, ia seakan huruf ‘P’ tetapi ia tidak mengeluarkan angin, manakala huruf ‘P’ pula apabila dibunyikan perlu mengeluarkan angin.
Haa faham tak? Sebab tulah ada yang sebut/eja perkataan bahasa Melayu yang ada huruf ‘P’ terus jadi ‘B’.
Bagus juga viral ni, dapat juga kita belajar sesuatu kan? Btw, raya ni baju raya korang warna apa?
TikTok: @laoshi_mandarin