Kemalangan melibatkan kereta model Tesla bukanlah satu perkara yang asing lagi di dunia. Cuma di Malaysia, kita belum lagi mendengarnya kerana terdapatnya larangan menggunakan mod auto-pilot kerana sistem auto-pilot tidak membantu pemandu menumpukan perhatian sepenuhnya pada pemanduan.
Buat pertama kalinya satu rakaman dashcam merakam kejadian sebuah kereta Tesla yang secara tiba-tiba merempuah sebuah kereta Proton Saga yang berada di sebelah kirinya.
Kelihatan kereta berkenaan seakan secara tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh bahagian hadapan Proton Saga sehingga melanggar penghadang jalan. Kesemua yang terlibat selamat dan tidak mengalami kecederaan serius.
Sebelum ini sudah ada beberapa siasatan berikutan penggunaan mod auto-pilot ini di Malaysia. Antaranya yang melibatkan pasangan dari Singapura kerana di bawah Akta Trafik Darat 1959 ada menyatakan bahawa pemandu perlulah memandu dengan baik, berhati-hati dan menumpukan perhatian.
Ini kerana pengunaannya menyebabkan pemandu kurang memberikan perhatian kepada lalu lintas di sekeliling mereka sebaliknya pemandu menghabiskan masa dengan perkara lain yang boleh mengganggu fokus seperti menggunakan telefon bimbit.
Tiktok: @marcotlk